Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Biawak sepanjang 180 cm ditemui di tandas Jawa Barat

Anggaran Waktu Membaca:
Biawak sepanjang 180 cm ditemui di tandas Jawa Barat

Seekor biawak gergasi sepanjang 180 sentimeter memasuki tandas sebuah rumah di Kota Depok. (Gambar: Instagram)

JAKARTA – Sebuah keluarga di wilayah Jawa Barat, Indonesia berdepan detik cemas apabila menemui seekor biawak gergasi sepanjang 180 sentimeter di dalam tandas rumah mereka, lapor portal berita Abatanews semalam.

Kejadian berlaku di daerah Bojongsari, Kota Depok, baru-baru ini.

Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @depok24jam menunjukkan tiga anggota bomba cuba menangkap biawak itu dengan bantuan peralatan khas.

Usaha mereka sukar kerana saiz badan biawak yang besar, hampir menyamai saiz seekor buaya.

Namun, biawak itu akhirnya berjaya ditangkap dan dibawa ke UPT Bojongsari, lapor Kosmo! Online.

Rakaman itu menjadi tular dan mencatatkan lebih 10,100 tanda suka.
 
Sumber : Agensi berita/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan