Skip to main content

Gaya Hidup

Betulkah rahsia kulit mulus dan cantik terletak pada kolagen?

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Secara ringkas, kolagen merupakan bahan utama dalam otot, kulit, tulang, tendon dan pelbagai tisu di dalam tubuh. Hampir 70 peratus kolagen terbentuk di bawah lapisan kulit dan ia membantu dalam pertumbuhan sel kulit baharu selain mengekalkan kelembutan kulit.

Di dalam sendi, kolagen berperanan sebagai kusyen yang menyerap tekanan dan melindungi sendi seperti pinggul, lutut, dan sendi lain daripada geseran semasa bergerak. Namun, sejauh mana keberkesanannya?

Sebelum berhabisan wang, penting untuk fahami terlebih dahulu apa sebenarnya kolagen? Dan, mengapa tubuh memerlukannya dan ketahui cara pemilihan produk yang benar-benar berkesan agar wang yang dilaburkan tidak sia-sia.

Semakin berusia penghasilan kolagen akan berkurangan di dalam tubuh kita. Dari masa ke semasa ia kemudian akan menjadi punca kulit berkedut dan kendur, sakit di bahagian sendi dan tulang merapuh.

Menurut kajian, penghasilan kolagen akan berkurangan apabila usia mencecah 26 tahun dengan pengurangan 5 peratus setiap tahun. Pengurangan kolagen juga akan semakin ketara dengan pengamalan diet yang tidak seimbang dan gaya hidup yang tidak sihat.

Bagi menampung keperluan harian tubuh, kolagen tambahan sangat diperlukan. Kolagen tambahan boleh diperoleh melalui tiga kaedah iaitu kolagen dalam bentuk pil atau minuman. Kolagen melalui oral dapat membantu untuk mengurangkan sakit tulang, turunkan berat badan, membina otot dan meremajakan kulit.

Pada masa yang sama, krim kolagen juga dapat membantu untuk menegangkan kulit melalui lapisan luar kulit. Dan, kolagen tambahan yang paling popular adalah melalui suntikan. Suntikan kolagen ini didapati dapat membantu menegang dan mencerahkan kulit.

8 MANFAAT KOLAGEN UNTUK TUBUH
Related article image
(Gambar: Pexels)
Tangani kedutan dan garisan halus
Semakin meningkat usia, penghasilan kolagen dalam tubuh juga akan berkurangan dan jelas pula kehadiran garisan halus pada kulit di bahagian seperti dahi, bibir, dan sekitar mata.

Menurut pakar kecantikan, penggunaan krim mencegah penuaan yang dirumus dengan bahan seperti kolagen didapati berkesan untuk mengatasi masalah penuaan ini. Apabila rawatan disertakan dengan pengambilan kolagen, ia dapat membantu dalam proses pembaikan tisu kulit.

Kurangkan selulit
Related article image
(Gambar: Pexels)
Selulit hadir atau terbentuk apabila tisu lemak menekan dan menembusi lapisan serat sehingga ke permukaan kulit. Ia akan membuat kulit kelihatan beralun dan tidak sekata. Kajian mendapati salah satu kelebihan suplemen kolagen ialah ia dapat membantu mengurangkan selulit dalam tubuh. Protein ini kemudian bertindak untuk merangsang proses pembaikan dan pembaharuan sel kulit pada tisu yang rosak.

Lancarkan peredaran darah
Related article image
(Gambar: Unsplash)
Kolagen membantu untuk menguatkan struktur salur darah dan tingkatkan keanjalannya. Apabila salur darah lebih kuat, aliran darah dari jantung ke seluruh tubuh, termasuk kulit akan menjadi lebih lancar. Peredaran darah yang lancar dapat memastikan oksigen dan nutrien disalurkan dengan lebih berkesan ke sel-sel kulit, sekali gus menjadikan kulit tampak lebih sihat, muda dan berseri.

Rawat luka
Related article image
(Gambar: Pexels)
Kolagen bukan sahaja berperanan penting untuk merawat dan menyokong dalam pertumbuhan otot, kulit dan sendi yang sihat. Ia ia juga dapat menguatkan struktur tulang, tendon dan ligamen antaranya. Sekaligus mempercepatkan proses pemulihan tisu otot dan kulit selain membantu penyembuhan kecederaan akibat aktiviti fizikal atau bersukan.

Kurangkan masalah rambut gugur
Related article image
(Gambar: Pexels)
Kajian mendapati suplemen kolagen daripada ikan mampu meningkatkan keberkesanan rawatan rambut gugur sama ada disebabkan oleh faktor genetik atau perubahan fizikal. Pada masa yang sama, ia juga dapat membantu mengurangkan masalah keguguran rambut. Dengan adanya kandungan asid amino dalam kolagen, ia membantu untuk membentuk keratin, iaitu protein utama yang diperlukan untuk rambut yang sihat.

Kulit cerah
Related article image
(Gambar: Unsplash)
Kolagen tidak berfungsi secara langsung untuk memutihkan kulit. Namun, terdapat produk penjagaan kulit atau suplemen kolagen yang diperkaya dengan bahan lain yang dapat membantu mencerahkan dan menyerikan tona kulit supaya kelihatan lebih sekata.

Lindungi folikel rambut
Related article image
(Gambar: Pexels)
Folikel rambut mudah rosak akibat serangan radikal bebas daripada pencemaran, tekanan, tabiat merokok dan pengambilan alkohol. Kolagen bertindak sebagai antioksidan yang berkesan, membantu melindungi folikel rambut daripada kerosakan berterusan dan menguatkan rambut dan menangani kesan buruk radikal bebas.

Melewatkan pertumbuhan uban

Akhir sekali, kehadiran antioksidan kolagen juga dipercayai berupaya memperlahankan proses pembentukan uban. Walaupun faktor genetik memainkan peranan utama, radikal bebas boleh mempercepatkan kehadiran uban. Tapi dengan pengambilan kolagen, ia dapat membantu mengurangkan kesan tersebut.
Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita