Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Bersenam sambil bergaya; gim pameran HermesFit dibuka di SG pada 14 Apr

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: HermesFit, gim khas yang menggabungkan kecergasan dengan ciri keseronokan, akan 'jelajah' ke Singapura mulai 14 April ini.

Gim tersebut adalah sebahagian daripada sebuah siri global dan ia sudahpun membuat persinggahan di bandar-bandar utama dunia termasuk Tokyo, New York dan, baru-baru ini, Sydney.

Gim pameran itu membolehkan pelawat melakukan senaman kecergasan melalui kaedah inovatif dengan menggunakan aksesori butik fesyen tersebut.

Dihiasi warna jingga yang sinonim dengan jenama fesyen mewah itu, ruang interaktif tersebut menampilkan dinding lengkap dengan pelbagai alat mengangkat berat, kursus senam berilhamkan sutera, sebuah gelanggang tinju yang juga berfungsi sebagai sebuah astaka bergambar dan bilik untuk kelas senaman berjadual yang dipimpin oleh para jurulatih tempatan.

Pada sebelah malam pula, gim itu akan bertukar menjadi ruang R&R sukan. Gelanggang tinju boleh berfungsi sebagai pentas untuk persembahan secara langsung.

Namun, bagi yang tidak kenal erti penat bersukan, mereka boleh bermain pingpong di sebuah meja bulat di mana bentuknya yang luar biasa mengubah permainan sepenuhnya.
Sumber : CNA/HY/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan