Berlian putih 160 karat 'keenam terbesar di dunia' ditemui di Angola
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Bernama)
LUANDA: Berlian putih 160 karat jenis Ila, iaitu berlian paling tulen secara kimia, ditemui di Angola.
Demikian menurut syarikat berlian Lucapa dalam satu kenyataan media pada Jumaat (2 Sep).
Syarikat itu memaklumkan bahawa berlian 160 karat itu merupakan berlian keenam terbesar ditemui setakat ini dan berlian ke-28 melebihi 100 karat yang pernah dijumpai di lombong aluvium Lulo di Angola, lapor Xinhua.
Lulo merupakan konsesi seluas 3,000 kilometer persegi di kawasan perlombongan berlian Lunda Norte di Angola, kira-kira 630 kilometer dari timur Luanda.
Sejak beberapa dekad lalu, Lucapa dan rakan kongsi syarikat berkenaan berjaya membuktikan bahawa Lulo memiliki sumber berlian aluvium yang paling prolifik di dunia.
Syarikat itu turut menemui berlian merah jambu 170 karat yang jarang ditemui pada Julai lalu dan dipercayai yang terbesar pernah ditemui sejak 300 tahun lalu.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.