Skip to main content

Gaya Hidup

Berlari sejauh 210km sepanjang 21 hari, Dr Maliki ajak orang ramai sumbang derma kepada Dana Biasiswa SMU

Dari 3 hingga 24 September ini, para peserta Cabaran SMOO 2021 akan berlari-lari anak untuk mengumpul derma bagi Dana Biasiswa SMU.

Anggaran Waktu Membaca:
Berlari sejauh 210km sepanjang 21 hari, Dr Maliki ajak orang ramai sumbang derma kepada Dana Biasiswa SMU

Dr Maliki Osman sekeluarga akan menyertai acara amal SMOO Challenge 2021. (Gambar: Dr Maliki Osman/Facebook)

Diterbitkan : 30 Jul 2021 09:52PM Dikemas Kini : 31 Jul 2021 12:32AM

SINGAPURA: Dari 3 hingga 24 September ini, para peserta Cabaran SMOO 2021 akan berlari-lari anak untuk mengumpul derma bagi Dana Biasiswa SMU.

Dana itu menyediakan bantuan kewangan kepada para siswa Universiti Pengurusan Singapura (SMU) yang kurang bernasib baik terutamanya di tengah-tengah pandemik yang mencabar ini.

Antara mereka yang akan mengambil bahagian ialah Menteri Kedua Pendidikan Dr Mohamad Maliki Osman dan keluarganya.

Mereka berikrar akan mencatat 10 kilometer sehari atau sejauh 210 kilometer sepanjang 21 hari bagi mengumpul S$21,000 untuk dana tersebut.

Menulis di laman Facebooknya pada Jumaat (30 Jul), beliau sekeluarga terangsang untuk turut serta kerana percaya bahawa pendidikan amat penting untuk mencapai cita-cita dan memperbaiki kehidupan seseorang dan juga mereka yang kurang bernasib baik di sekeliling kita.

"Itulah yang berlaku pada saya dan isteri. Meskipun kami berasal daripada keluarga yang cukup sederhana, kami bekerja keras untuk mengecapi kehidupan sekarang ini yang hanya boleh tercapai disebabkan oleh peluang pendidikan yang diberikan kepada kami," tulis Dr Maliki.

Tambah beliau lagi, anak perempuannya, Lidia, seorang graduan Sekolah Undang-Undang SMU mendapat manfaat melalui peluang-peluang yang diraih sewaktu menuntut dan lulus daripada SMU.

"Kami berharap lebih ramai lagi dengan cita-cita tinggi boleh meraih peluang-peluang yang sama tidak kira latar belakang keluarga mereka," luah beliau.

Dr Maliki sekeluarga berharap dapat mengumpul S$1,000 setiap hari sepanjang 21 hari mereka berlari.

"Kami berharap usaha kami akan sedikit sebanyak membantu para mahasiswa SMU dan anda boleh menyokong kami untuk mencapai matlamat itu!

"Terima kasih atas sokongan dan kemurahan hati anda! Tolong sebarkan kepada sanak saudara dan sahabat handai anda!" tambah beliau.

Orang ramai dialu-alukan menyumbang derma menerusi laman: https://bit.ly/3iUIuMj 

Sumber : BERITA Mediacorp/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita