Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Berlari-lari anak setiap hari mampu jauhi risiko penyakit kronik

Sebaiknya setiap individu digalakkan untuk bersenam setiap minggu demi memastikan kecergasan tubuh.

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Sebaiknya setiap individu digalakkan untuk bersenam setiap minggu demi memastikan kecergasan tubuh.

Jika anda tidak mahu lakukan aktiviti senaman yang berat, anda boleh lakukan sahaja senaman berlari-lari anak atau berjalan pantas.

Satu kajian yang dijalankan mendapati bahawa seseorang yang melakukan aktiviti larian antara 5 hingga 10 minit setiap hari pada kelajuan sederhana mampu menjauhkan diri daripada pelbagai ancaman penyakit, menurut satu rencana Maskulin.

Mungkin anda yang tertanya-tanya apakah kelebihan kesihatan daripada berlari-lari anak selama 5 hingga 10 minit setiap hari?

Sememangnya banyak kelebihan yang mampu diraih untuk memberikan anda tahap kesihatan yang baik.

Antaranya, ia dapat mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar, mengurangkan risiko menghidap penyakit berkaitan kardiovaskular.

Ia juga mampu mengurangkan risiko menghidap barah serta menjauhkan diri daripada menghidap penyakit neurologi seperti Alzheimer dan Parkinson, lapor rencana Maskulin itu lagi.

Sehubungan itu, sekumpulan saintis dari Belanda mengusulkan supaya setiap orang mengamalkan aktiviti larian selama 2.5 jam setiap minggu atau berlari 30 minit selama 5 hari dalam tempoh seminggu.

Dengan mengamalkan aktiviti larian secara kerap, anda akan memperolehi manfaat lain seperti:

- Tidur yang lebih nyenyak

- Meningkatkan mood

- Meningkatkan penumpuan

- Selera makan bertambah

Jika anda berhasrat untuk menjadi aktiviti larian sebagai amalan harian, pastikan anda beri perhatian kepada beberapa tips ini:

1. Untuk elakkan kecederaan di bahagian kaki, pastikan anda memakai kasut larian yang betul dan mengikut saiz yang tepat

2. Jangan paksa kaki anda untuk berlari sambil menggunakan kasut yang kurang sesuai

3. Tingkatkan jarak larian secara berperingkat

4. Gabungkan aktiviti larian dengan senaman lain seperti berbasikal atau berenang

5. Lakukan aktiviti memanaskan badan (warm-up) sebelum mula berlari

6. Jaga postur badan semasa berlari

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan