Berjalan senaman paling mudah untuk amalkan gaya hidup sihat, tegas pakar
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar hiasan: iStock
WASHINGTON: Sukan memang diakui antara pilihan terbaik untuk menjaga kesihatan fizikal serta mengamalkan gaya hidup sihat.
Malah, terdapat pelbagai kegiatan yang ringkas dan tidak perlu modal besar, kata pakar-pakar perubatan di Amerika Syarikat.
Daripada pelbagai jenis senaman yang mudah dilakukan, aktiviti berjalan adalah langkah pertama yang baik untuk memulakan gaya hidup sihat.
Inilah yang sedang digalakkan di Amerika Syarikat.
"Berjalan, secara amnya, merupakan aktiviti yang baik untuk orang ramai bersenam, kerana tidak memerlukan alat khusus atau ke gimnasium. Mereka hanya perlu kasut yang selesa dan ruang yang selamat untuk berjalan," jelas Dr Sarah Eby, seorang pakar perubatan sukan, Mass General Brigham.
Setiap orang dewasa disarankan melakukan aktiviti dengan intensiti sederhana untuk sekurang-kurangnya dua setengah jam setiap minggu.
Gaya hidup aktif begini dapat menurunkan risiko penyakit jantung, darah tinggi, demensia, kemurungan dan pelbagai jenis barah, menurut pakar-pakar.
Selain baik untuk kesihatan tulang, berjalan juga dapat memperbaiki paras gula dalam tubuh, boleh membantu dalam penurunan berat badan dan meningkatkan mutu tidur.
Namun, adakah aktiviti berjalan sahaja mencukupi untuk menjamin kesihatan secara menyeluruh?
Hakikatnya, walaupun berjalan dapat menguatkan jantung dan paru-paru, ia bukan jenis senaman yang dapat membina kekuatan otot dan daya tahan tubuh.
Oleh itu, ramai penduduk di kota-kota utama Amerika turut melakukan senaman berat menggunakan peralatan yang tersedia di gim.
Menerusi senaman yang pelbagai dan menyeluruh, tubuh badan menjadi lebih sihat dan cergas.

Sumber : AGENCIES/QA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.