Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Berjalan 15 minit boleh buat anda lupa pada snek, makanan segera

Cepat, mudah dan ringkas - inilah sebabnya mengapa makanan rapu atau 'junk food' menjadi kegilaan ramai sekalipun mereka sedar akan bahananya ke atas kesihatan diri.

Anggaran Waktu Membaca:
Berjalan 15 minit boleh buat anda lupa pada snek, makanan segera

(Gambar: Pixabay)

Diterbitkan : 02 Oct 2019 07:39PM Dikemas Kini : 02 Oct 2019 07:48PM

KUALA LUMPUR: Cepat, mudah dan ringkas - inilah sebabnya mengapa makanan rapu atau 'junk food' menjadi kegilaan ramai sekalipun mereka sedar akan bahananya ke atas kesihatan diri.

Makanan rapu ini lazimnya merangkumi pelbagai jenis bahan berperisa yang hadir dalam bermacam-macam bentuk dan saiz.

Bagi orang yang berdiet, semua itu adalah pantang larang yang perlu dijaga dan ini memerlukan disiplin tinggi.

Sungguhpun demikian, kadangkala manusia tewas jua dengan godaan makanan rapu.

Maka itu, berikut adalah beberapa tip yang boleh dicuba untuk melawan nafsu daripada mengambil makanan 'junk food'.

1. Berjalan 15 minit

Berjalan mampu membuat anda melawan keinginan terhadap makanan ringan dan makanan segera.

Melakukan senaman ringan seperti berjalan mampu mengeluarkan endorfin yang akan merangsang otak supaya menjadi lebih tenang.

Acara berjalan kaki, senaman beramai-ramai, perbincangan mengenai demensia dan cabutan bertuah antara kegiatan dianjurkan dalam 'Walk 2 Remember'. (Gambar: Walk 2 Remember/Facebook)

Udara segar juga boleh merendahkan rasa tekanan dalam diri.

Malah, jika anda berjalan selama 15 minit, keinginan untuk mengambil makanan bergula juga akan turun.

2. Guna kayu manis

Seorang pakar psikologi dari Amerika Syarikat, Susan Albers, mengamalkan petua ini apabila beliau berdepan keinginan makanan ringan dan bergula.

Beliau akan meminum air panas yang dicampur dengan madu dan serbuk kayu manis.

Fakta menarik - serbuk kayu manis terbukti mampu mengawal gula darah anda sekali gus menguruskan keinginan makanan.

3. Makan avokado

Jika anda betul-betul teringin makan sesuatu yang ringan, pilihlah makanan yang mengandungi lemak sihat, protin dan serat.

(Gambar: boldsky.com melalui MERDEKA.COM)

Antara makanan sihat yang boleh anda ambil ialah avokado.

4. Fikirkan kegiatan lain

Anda boleh membuat kegiatan yang tiada kena mengena dengan makanan bersama rakan, misalnya bersukan dan melakukan aktiviti lasak.

Kegiatan seumpama itu mampu mengalih perhatian anda daripada ingat pada 'junk food'. 

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan