Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

BERITA+: Yoga dalam laut tarik pemburu ketenangan ke Saint Lucia

Jika biasanya kita dengar tentang para penyelam menemui khazanah kapal karam, namun satu kapal karam di negara Caribbean, Saint Lucia pula menjadi 'tempat mencari ketenangan' bagi sebilangan pelancong yang ke sana.

Anggaran Waktu Membaca:
BERITA+: Yoga dalam laut tarik pemburu ketenangan ke Saint Lucia

Kegiatan yoga dalam laut ditawarkan di Saint Lucia, Carribean (Gambar: AP)

Diterbitkan : 05 Dec 2021 08:29PM Dikemas Kini : 05 Dec 2021 08:36PM

SAINT LUCIA: Jika biasanya kita dengar tentang para penyelam menemui khazanah kapal karam, namun satu kapal karam di negara Caribbean, Saint Lucia pula menjadi 'tempat mencari ketenangan' bagi sebilangan pelancong yang ke sana.

Para penyelam di sana menyertai Program Pernafasan Di dalam Air, yang ditawarkan pusat peranginan Windjammer Landing.

Ketua penyelam Abigail Brown, berkata: "Gerak-gerak (senaman yoga) yang kami lakukan di atas bot adalah sama seperti yang akan kami lakukan di bawah permukaan air."

Apabila berada sekitar enam meter di bawah permukaan air, mereka akan cuba mengamalkan teknik pernafasan mendalam dan melakukan senaman yoga.

Manfaatnya termasuk memperlahankan kadar denyut jantung dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

Mereka yang lebih selesa bersenam yoga di darat pula boleh melakukannya di puncak bukit yang menghadap ke Laut Caribbean itu.

Dengan pemandangan yang indah dan peluang untuk berinteraksi dengan burung madu di situ, ia diharap memberi ketenangan kepada para pelancong. 

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Agensi berita/AI/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan