Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

BERITA+: Wajarkah 'chope' lot letak kereta dibenarkan dengan berdiri di dalamnya?

Budaya 'chope' tempat di Singapura memang biasa kita lihat - ada yang guna tisu, payung dan macam-macam lagi.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Budaya 'chope' tempat di Singapura memang biasa kita lihat - ada yang guna tisu, payung dan macam-macam lagi.

Tular di media sosial baru-baru ini seorang wanita yang 'chope' sebuah lot letak kereta dengan menghalang kereta-kereta lain memasuki lot yang sudah 'ditempahnya'.

Rata-rata warga net marah dengan kelakuannya yang turut mengundang bahaya.

"Langgar saja dia. Mana ada orang diri di laluan kereta," kata seorang warga net.

"Polis patut dakwa semua yang 'chope' tempat letak kereta macam ini kerana mengganggu orang awam," menurut seorang lagi netizen.

"Perlukah Pemerintah letak papan tanda baru - tidak boleh 'chope' tempat letak kereta dengan gunakan diri sendiri?", tanya seorang lagi netizen.

Namun, ada juga yang memilih untuk melihat gelagat wanita itu sebagai sau pengajaran, 'model' yang tidak harus dicontohi.

Sehubungan itu mereka menyumbang idea-idea tersendiri.

"Untuk manusia 'chope' dengan paket tisu. Untuk kereta 'chope' dengan 20 gulung tisu," usik seorang warga net.

Selepas seketika, wanita itu pun berundur untuk memberi laluan kepada pemandu meletak kereta.

Mujur juga wanita itu sempat sedar ideanya tidak munasabah.

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan