BERITA+: Troli bersepah; "memang patut" NTUC FairPrice lapor pelakunya kepada polis
Kembali berKicau di media sosial minggu ini - penduduk Singapura yang suka membiarkan troli bersepah.
SINGAPURA: Kembali berKicau di media sosial minggu ini - penduduk Singapura yang suka membiarkan troli bersepah.
Haruskah NTUC FairPrice buat laporan polis tentang pembeli yang terus "degil" tidak mengembalikan troli?
Di kolong blok, di tepi jalan, di atas rumput.
Masalah troli pasar raya disepah-sepahkan serta tidak dipulangkan ke tempat sepatutnya memang sudah lama wujud dan masih belum menemui huraiannya.
Baru-baru ini, saranan CEO FairPrice agar laporan polis dibuat dan "tindakan tegas" diambil terhadap pengguna degil mengundang pelbagai reaksi.
"Setuju sangat-sangat! Memang seharusnya...bila dah gunakan tu, pulangkan lah ke tempat asalnya," tegur seorang pembaca BERITA.
"Harus diambil tindakan tegas dari dulu lagi."
"Saman...jangan tak saman," tulis seorang lagi netizen, menunjukkan sokongannya.
Namun, ada yang berkeras bahawa tugas mendapatkan kembali troli-troli terbiar adalah tanggungjawab pasar raya itu sendiri.
"Paling senang upah orang tukang jaga troli sepanjang (masa) kedai dibuka..."
"Sediakan pekerja kutip troli itu...tidak ada masa nak pulangkan sebab 'parking' jauh."
"Ada orang dengan anak kecil bila dah tolak troli ke perhentian teksi, macam mana nak tolak balik?"
Ramai juga yang menyarankan huraian - dari memasang tiang penghalang, menggunakan alat penjejak sehingga memansuhkan penggunaan troli sama sekali.
Hakikatnya, tabiat buruk itu menunjukkan "perangai sosial yang tidak bertanggungjawab" dan cerminan diri seseorang itu.
Jadi, anda jenis pengguna yang mana satu - pulangkan atau biar ia bersepah?
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.