Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

BERITA+: "Tekak aku tidak boleh terima" - reaksi netizen; murtabak guna inti ikan seekor

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Murtabak merupakan antara hidangan popular untuk berbuka puasa.

Biasa yang terdapat di sini berlapis daging cincang dan ayam berempah serta ditaburkan bawang sebelum dituang telur. Ada juga menggunakan inti sardin dan daging rusa, namun semuanya sudah dimasak dahulu.

Heboh di media sosial baru-baru ini, sebuah warung di Aceh, Indonesia yang menjual versi murtabak menggunakan inti lain dari yang lain.

Antara yang paling menarik perhatian warga net ialah murtabak ikan segar seekor.

ikan

Terdapat juga inti udang karang, sotong, dan mi segera yang dibungkus dan dimasak seperti murtabak biasa.

sotong

"Semua bisa (boleh) asal halal," tulis pengguna TikTok, yessboss225, yang memuat naik video dan berkongsi murtabak
di warung di Pidie Jaya, Aceh itu.

Pastinya, ramai netizen memberi reaksi terkejut melihat versi murtabak baru tersebut.

"Melawan hukum murtabak"

"Terkejut aku tengok dia letak ikan"

"Tekak aku tidak boleh terima. Selera kita berbeza," tulis netizen yang sebilangan besarnya langsung tidak tertarik untuk mencuba olahan baru itu.

Ada yang ragu-ragu dan risau sama ada bahan yang digunakan dapat masak sepenuhnya dengan kaedah masakan yang ditunjukkan.

"Ikan tu boleh masak ke?"

"Murtabak kan isinya dimasak dahulu".

Beberapa warga net lain turut menunjukkan daya kreativiti mereka dengan menyarankan inti murtabak lain.

"Siapa-siapa mahu cuba murtabak buaya atau unikorn?"

Membalas komen negatif daripada sesetengah netizen, yessboss225 memesan, "jangan tuduh macam-macam kalau belum pernah makan".

mee

Inovatif atau pelik - ramai berpendapat selagi ia tidak merosakkan rasa atau rupa asli sesuatu hidangan, orang ramai harus berfikiran terbuka.

Anda pula bagaimana? Berani mencubanya?

Sumber : BERITA Mediacorp/IH/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan