BERITA+ Studio Terbuka dan GAC Artventure - usaha dekatkan seni kepada masyarakat
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Daripada seni cetakan blok kayu hingga ke grafiti dan lukisan batik, orang ramai kini berpeluang meninjau sendiri dunia kreatif para seniman Singapura menerusi pengalaman baharu di Pusat Seni Goodman (GAC).
Inisiatif GAC Artventure bukan sahaja membuka pintu studio para seniman kepada masyarakat, malah mengajak pengunjung mengenali proses dan kehidupan seharian para karyawan seni dengan lebih dekat.
MENGINTAI MASYARAKAT SENI TERBESAR DI PUSAT SENI GOODMAN
Cik Nur Safiah Abu Samah sekeluarga meminati seni dan kraf.
Pengalaman mempelajari seni cetakan blok kayu atau 'woodblock printing' dan lukisan batik menerusi GAC Artventure, menjadi antara kenangan yang diabadikan dalam memorinya.
Selama tiga jam pusing keliling di Pusat Seni Goodman (GAC) yang dahulunya merupakan Sekolah Menengah Tun Seri Lanang, membolehkan beliau dan anaknya meneroka komuniti seni terbesar, yang menghimpunkan pelbagai karyawan seni.
"Apa yang membuat saya terbuka hati untuk ikut serta hari ini ke rumah terbuka untuk studio-studio, pasal tak pernah nampak di mana-mana di Singapura. Fasal seni yang kita ada di Singapura tidak banyak orang suka. Tidak banyak orang pun yang tahu," ujar Cik Nur Safiah.
Sementara Pengurus Kanan, Pengurusan Tempat, Arts House Group, Cik Martini Ali Wafar pula berkata, "Yang membuat pengalaman ini istimewa dan lebih bermakna - para pengunjung yang datang ke Goodman Art Centre dan lalui laluan-laluan bertema dipandu sendiri ke GAC Artventure ini dapat memperlahankan rentak kehidupan mereka sambil mereka meneroka karya-karya seni yang terdapat di Pusat Goodman Art Centre yang seluas tujuh hektar ini sambil berinteraksi, bersosial bersama karyawan-karyawan seni yang berkarya di pusat ini."
30 SENIMAN BUKA STUDIO, PENGUNJUNG TEROKA PROSES & KARYA SENI
Menerusi Hari Studio Terbuka, lebih 30 seniman dan penyewa studio membuka ruang kerja mereka kepada orang ramai, membolehkan pengunjung mendekati seni visual, persembahan dan muzik.
"GAC Artventure diperkenalkan untuk mendekatkan orang ramai dengan kehidupan kreatif di Goodman Art Centre. Seniman daripada seni visual, persembahan teater dan juga muzik. Dan kepelbagaian inilah yang mencerminkan Goodman Art Centre sebagai salah satu hab seni terbesar di Singapura," jelas Cik Martini.
"Bagus sekali untuk mereka yang ingin mengambil tahu bagaimana penggiat seni berfikir, cara mereka mengatur cara membuat karya-karya mereka. Dan juga bagaimana hidup mereka seharian. Kerana tidak ramai tahu atau tidak banyak penggiat seni begitu terbuka dengan cara mereka berkarya. Jadi ini adalah cara yang terbaik untuk mereka datang dan melihat sendiri dengan mata mereka sendiri dan alami apa yang mereka melalui setiap hari," ujar artis grafiti Asno atau nama penuhnya Shah Rizzal Wan Hussain.
Misalnya, seni grafiti yang diceburi Asno bukan sesuatu yang mudah disaksikan seharian. Apa lagi untuk mengetahui proses mahupun fasa-fasa membina karya.
"Untuk seni ini, saya melakarkan lukisan di kertas dahulu dan selepas saya buat bentuk garisannya, saya bersama anak saya dan orang-orang luar datang meletakkan warna di dalam bentuk garisannya dan ia mengambil masa hampir dua jam untuk menghabiskan karya saya,"kongsi Asno lagi. banyak studio dijangka dibuka serentak.

Seorang lagi seniman yang membuka pintu buat pertama kalinya menerusi inisiatif ini ialah seniman cetakan, Iefa, yang berharap dapat mendekatkan seninya kepada orang ramai.
"Ia bukan saja kena pergi sekolah seni baru boleh buat atau pergi tempat-tempat yang lebih serius. Tidak, ia adalah studio artis, ia lebih mesra jadi ia membuatkan seni itu lebih menarik untuk dipelajari. Hari ni kita membuat aktiviti yang senang, yang seronok untuk orang cuba," ujar Seniman Cetakan dan Pendidik, Cik Shariefah Shamsir atau Iefa.
Jelas Cik Iefa lagi,"Apabila kita reka program ini, kita pertimbangkan peringkat usia. Macam kalau budak kecil nak buat macam mana, yang sudah berpengalaman, apa yang mereka boleh cuba? Jadi tahapnya berbeza-beza - macam susah ke senang ke. Kita mengharapkan agar orang kenal lebih banyak seni lain, terutama seni cetakan - ada cetak saring, blok kayu, seperti mencetak dan tempat ini boleh jadi tempat yang mereka boleh datang dan belajar lebih banyak bengkel".

Bagi Cik Safiah pula, pengalaman itu turut memberi manfaat kepada anaknya yang mengalami ADHD dan ASD, kerana seni dilihat mampu menjadi satu bentuk terapi yang menyeronokkan.
"Saya lebih suka batik dan cetakan blok kayu yang di belakang saya.Tapi kalau GAC ini dibuka setiap hari untuk orang ramai atau keluarga boleh datang membawa anak-anak, memang baguslah," luah Cik Nur Safiah, penuh harapan.
EMPAT ACARA DIRANCANG, GAC ARTVENTURE JADI INISIATIF JANGKA PANJANG
Dengan kejayaan acara sulung ini, kesinambungannya sudahpun dilakar, demi terus mendekatkan masyarakat dengan seni.
"Kami akan meneruskan inisiatif ini melalui secara berkala, menerusi tarikh-tarikh aktivasi khas yang akan diadakan sepanjang tahun. Untuk masa jangka panjang, kami harap GAC Artventure dapat menjadi satu pengalaman unik dan yang juga sinonim dengan Goodman Art Centre sebagai satu platform yang akan dapat mendekatkan seni dengan masyarakat," ujar Cik Martini.
Empat Hari Studio Terbuka akan dianjurkan tahun ini, dengan acara seterusnya dijadual berlangsung pada 24 Oktober, dengan lebih

Sumber : BERITA Mediacorp/RL/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.