Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

BERITA+: Rakyat S'pura tidak cepat melatah bahkan ikut sekaki 'salah nama' mercu tanda, tokoh masyarakat

Anggaran Waktu Membaca:
BERITA+: Rakyat S'pura tidak cepat melatah bahkan ikut sekaki 'salah nama' mercu tanda, tokoh masyarakat

Air Terjun Vortex di Jewel Lapangan Terbang Changi (kiri) dan Pusat Beli-belah Almondvale di Scotland (kanan). (Gambar: Travel Scotland Goals/Facebook, The Centre Livingston/Google Maps)

Diterbitkan : 24 Jul 2022 04:55PM Dikemas Kini : 24 Jul 2022 04:56PM
SINGAPURA: Apakah reaksi anda jika air terjun ikonik Air Terjun Vortex di Jewel Lapangan Terbang Changi dinamakan sebagai Pusat Beli-belah Almondvale di Scotland?

'Kicau' minggu ini menyingkap respons warga Singapura kepada "kesilapan" pengguna Facebook "Travel Scotland Goals" itu.

Sekali pandang, tidak sukar bagi hampir sesiapa untuk mengecam mercu tanda Air Terjun Vortex di Jewel Lapangan Terbang Changi.

Namun bulan lalu, laman Facebook Travel Scotland Goals memuat naik gambar Air Terjun Vortex itu dengan membubuhkan kapsyen yang merujuknya kepada "Pusat Beli-belah Almondvale, Livingston".

Maka, tidak hairanlah apabila "kesilapan" tersebut mengundang banjiran komen termasuk versi mercu tanda tempatan dengan lokasi yang salah.

Bahkan Merlion juga tidak terkecuali - secara berseloroh dikenal pasti sebagai makhluk mitos Loch Ness di Scotland.

Akaun Facebook Lapangan Terbang Changi, Bank OCBC dan Daikin turut serta dalam 'permainan' beri nama salah bagi mercu tanda ikonik di Singapura.

Parodi dan 'meme' lucu termasuk Menteri Josephine Teo dinamakan "Duchess of Cambridge" manakala pelakon/pelawak Suhaimi Yusof - "Elvis Presley".

Netizen tidak kering gusi membaca pelbagai komen yang ditinggalkan dalam ruang komen "Travel Scotland Goals".

Bukan sahaja warga net terhibur, pemilik akaun itu juga teruja dengan sikap 'bersahaja' rakyat Singapura ikut sama menjayakan akaun parodinya.

Ini bukan kali pertama sebuah mercu tanda di Singapura menjadi tular atas sebab pelik.

Pada Jun tahun lalu, seorang remaja Amerika Syarikat memuat naik gambar Marina Bay Sands dan menamakannya sebagai Downtown Chattanooga, Tennessee, mencetuskan pelbagai reaksi dan komen.
Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa