BERITA+ Perlambangan burung merak dalam budaya Asia diterokai menerusi 200 artifak
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Keindahan burung merak bukan sekadar pada bulunya yang berwarna-warni. Di sebalik simbol itu, tersimpan kisah pertukaran budaya yang merentasi sempadan Asia selama berabad-abad.
Pameran Peacock Power, atau Kuasa Merak - Keindahan dan Perlambangan Merentasi Budaya di Muzium Peranakan mengangkat kisah tersebut, sambil mempertemukan seni warisan seperti Reog Ponorogo dan Wayang Krucil dalam satu festival budaya.
PAMERAN TELUSURI MOTIF BURUNG MERAK MELALUI LEBIH 200 ARTIFAK
Burung merak sejak sekian lama menjadi lambang keindahan dan kekuasaan dalam pelbagai tamadun Asia.
Melalui pameran berbayar, Peacock Power: atau Kuasa Merak - Keindahan dan Perlambangan Merentasi Budaya, Muzium Peranakan menelusuri bagaimana motif burung itu berkembang merentasi budaya, agama dan sempadan geografi sehingga menjadi sebahagian daripada identiti masyarakat Asia, melalui lebih 200 artifak.

"Burung ini telah mempesonakan masyarakat di Asia selama berabad-abad sebagai simbol keindahan kuasa dan unsur ketuhanan. Jadi motif burung merak ini digunakan sebagai sauh pameran Peacock Power, kerana keupayaannya merentasi pelbagai budaya. Ia hadir di dalam pelbagai dunia seperti alam ritual yang suci sehingga hiasan kehidupan seharian. Jalinan silang budaya ini dapat meraikan warisan Singapura yang kaya, yang saling terhubung dengan budaya masyarakat di Asia," ujar Timbalan Pengarah Kuratorial, ACM & Muzium Peranakan, Cik Noorashikin Zulkifli kepada wartawan Roslinda Rahmat.
"Para pengunjung dapat melihat secara jelas bagaimana motif ini meresap ke dalam budaya berbeza dan mengambil rupa atau makna yang baru mengikut konteks zaman. Contohnya, lensa seni Peranakan diambil sebagai titik permulaan pameran ini kerana budaya Peranakan tersendiri terbina atas asas sintesis dan pertukaran pengaruh budaya Melayu, Indonesia, China, Arab, India dan Eropah," tambah Cik Noorashikin.
REOG PONOROGO & WAYANG KRUCIL HIDUPKAN WARISAN BUDAYA ASIA
Semangat itu juga diterjemahkan dalam salah satu festival hujung minggu di halaman muzium.
Antara tarikan utamanya adalah Reog Ponorogo dari Jawa Timur, Indonesia, yang terkenal dengan Dadak Merak - yakni topeng singa dan burung merak, seberat sekitar 50 kilogram. Dadak Merak turut dipamerkan di dalam Muzium Peranakan.

"Singa atau harimau itu diertikan sebagai simbol keganasan, kekuatan dan suatu kekuasaan yang ada di hutan, sementara burung merak itu sebagai simbol kelembutan, kecantikan yang memang menjaga hutan itu sendiri. Jadi konsep itu sebenarnya kalau orang Jawa mengatakan itu adalah konsep keseimbangan dalam kehidupan," ujar Wakil, Reog Ponorogo, Pesona Nusantara, Bapak Dwi Priyo Sumarto.
Mengangkat Dadak Merak memerlukan latihan fizikal yang intensif kerana keseluruhan topeng dikendalikan menggunakan kekuatan gigitan dan leher penari, tanpa menggunakan tangan.
"Yang mengangkat Dadak Merak itu perlu latihan yang sangat khusus kerana beratnya Reog itu hampir 50 sampai 60 kilo(gram). Jadi tidak semua penari boleh membawakan tarian Reog. Dan biasanya mereka berlatih sangat lama kerana menggunakan kekuatan gigi, tidak, tidak menggunakan tangan," jelas Pak Dwi Priyo Sumarto.
Pada 2024, Reog Ponorogo diiktiraf UNESCO sebagai Warisan Budaya Kemanusiaan Tidak Ternilai. Ia sekali gus mengukuhkan usaha memelihara seni tradisi itu untuk generasi akan datang.
Menurut Pak Dwi Priyo Sumarto, "Anak-anak juga ada grup Reog. Jadi mereka sangat prihatin bagaimana membuat Reog Ponorogo dari generasi tua sampai yang ke anak-anak. Satu kesempatan yang luar biasa memainkan Reog Ponorogo di Singapura - walaupun banyak cabaran teknikal dalam pembawaan masuk reog ke Singapura, jadi reog itu kita rangkai di sini kerana di dalam pesawat tidak boleh dibawa dalam bentuk besar seperti itu. Tidak menjadi masalah dan malah menjadi kebanggaan kita sendiri bahawa kita boleh memperkenalkan kesenian reog ke negara tetangga terutama di Singapura yang secara kebudayaan lebih universal gitu".
Festival itu turut memperkenalkan Wayang Krucil, seni wayang tradisional Jawa yang menggunakan boneka kayu dan semakin jarang dipentaskan.
"Keunikan Wayang Krucil di sini itu bukan terbuat dari kulit yang sebagai umumnya, tetapi terbuat dari kayu yang dipahat sedemikian rupa. Di Wayang Krucil ini, kita biasa mengenal di wayang kulit adalah cerita dari Mahabharata, Ramayana. Tetapi Wayang Krucil mengambil cerita Panji cerita tempatan asli Indonesia yang sangat unik. Sang dewi yang tidak ingin diperisteri tetapi akan ada sayembara yang diadakannya. Ada dua raja yang akan merebutkannya tetapi ada satu yang boleh memesrakan sayembara tersebut dengan keunikan-keunikan lainnya," jelas
Wakil, Wayang Krucil, Pesona Nusantara, Bapak Muhammad Shihab Maulana.
Bagi pihak muzium, membawa seni persembahan seperti Reog Ponorogo dan Wayang Krucil ke festival itu membuktikan simbol burung merak bukan sekadar dipamerkan sebagai artifak, tetapi masih hidup dalam tradisi masyarakat hari ini.
"Simbolisme burung merak ini yang dapat melangkaui sempadan geografi, sentiasa berubah dan mengambil makna yang baru, mengikut konteks budaya dan zaman. Dan bagi masyarakat majmuk seperti Singapura, kami juga dapat mempelajari bahawa sesuatu komuniti ini mungkin mempunyai kepercayaan, adat dan sejarah tersendiri atau berbeza, tetapi manusia sering kali terhubung mengikuti simbol atau nilai dan naratif yang dikongsi bersama," luah Cik Noorashikin dari Muzium Peranakan.

PENGALAMAN INTERAKTIF DEKATKAN SIMBOL MERAK KEPADA GENERASI MUDA
Demi memikat audiens muda, pelbagai pengalaman interaktif tersedia.
"Antaranya adalah sebuah ruang yang berjudul Peacock Paradise, berdasarkan teknologi holografik, di mana para pengunjung dapat mendekati burungnya dari segi mendengar bunyi atau suara burung merak serta memerhatikan pergerakan yang termasuk tarian memikat burung itu. Dan selain itu juga terdapat beberapa stesen aktiviti supaya para pengunjung dapat mencuba perekaan mereka sendiri dengan menghasilkan sebuah tali pinggang bercorak burung merak," tambah Cik Noorashikin.
Melalui simbol seekor burung merak, festival ini memperlihatkan bagaimana seni, sejarah dan identiti masyarakat Asia terus berkembang, hasil pertukaran budaya yang merentasi zaman.
Rakyat dan Penduduk Tetap dikenakan bayaran masuk $6 ke Pameran Peacock Power di Muzium Peranakan. Pameran berlangsung sehingga 30 Ogos (2026).

Sumber : BERITA Mediacorp/RL/rl
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.