Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

BERITA+: "Pembantu peribadi" bantu beli barangan rumah, makanan jika anda malas keluar

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 31 Jul 2022 06:15PM Dikemas Kini : 01 Aug 2022 04:04PM
SINGAPURA: "Pembantu peribadi" kawalan jarak jauh hasil ciptaan seorang lelaki di Singapura berkicau di media sosial.

Warga net berbelah bagi sama ada inovasi itu akan mengubah landskap khidmat penghantaran di Singapura.

Dengan menggunakan kereta kawalan jarak jauh, lelaki bernama Steve Ho boleh mendapatkan barangan rumah ataupun makanan jika tidak mahu keluar rumah.

"Wah idea yang agak baik. Pada masa akan datang, kebanyakan penghantar Grab akan bekerja dari rumah," kata seorang warga net berseloroh.

"Ini rekaan baik bagi golongan kurang upaya yang tinggal sendirian," kata seorang netizen.

"Ini idea yang baik. Membuka laluan untuk dron penghantaran," ujar seorang pengguna TikTok.

Meski ramai memuji kreativiti lelaki tersebut, ramai juga menarik perhatian masalah yang mungkin timbul daripada ciptaannya itu.

"Sikap malas anda boleh membuat hidup orang lain susah. Macamlah pekerja kedai tidak cukup sibuk," kata seorang netizen.

"Nanti ada orang tamak ambil barang awak. Tidak selamat langsung," ujar seorang warga net.

"Bukan idea yang baik. Pejalan kaki mungkin tersandung. Ia boleh buat orang takut pada waktu malam. Ia juga boleh merakam video bawah skirt," tegur seorang warga net.

"Saya rasa kalau awak pergi kedai sendiri, lebih cepat. Ini hanya membuang masa anda," kata netizen lain.

Memanfaatkan atau sekadar satu permainan?

Apapun, inovasi itu memberi gambaran cara kita boleh berbelanja pada masa hadapan.
Sumber : BERITA Mediacorp/NY/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan