Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

BERITA+: Natijah larangan eksport ayam, ada sanggup borong, ada pula jaga diet

Minggu ini, kecoh di media sosial apabila Malaysia mengumumkan bahawa negara tersebut akan melarang eksport ayam ke Singapura mulai 1 Jun.

Anggaran Waktu Membaca:
BERITA+: Natijah larangan eksport ayam, ada sanggup borong, ada pula jaga diet

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 29 May 2022 08:57PM Dikemas Kini : 29 May 2022 11:12PM

SINGAPURA: Minggu ini, kecoh di media sosial apabila Malaysia mengumumkan bahawa negara tersebut akan melarang eksport ayam ke Singapura mulai 1 Jun. 

“Singapura sudah siap siaga buat rakyatnya, jangan khuatir, hanya harga naik sikit sahaja,” kongsi seorang netizen melalui Facebook BERITAMediacorp.
 
“Dah puas makan ayam dah… Terima kasih Malaysia! Biar rakyat diutamakan dulu…," kata seorang lagi pengguna Facebook. 
 
Sungguhpun demikian, sebilangan penduduk Singapura berasa bimbang seandainya mereka tidak dapat menyimpan bekalan ayam yang mencukupi dan ini mendorong sesetengah pengguna membeli secara borong.

Hal itu menyebabkan ayam segar di pasar raya dan juga pasar basah habis dijual.

Ada juga dalam kalangan warga maya yang mengusulkan saranan supaya beralih ke alternatif lain.

“Ada lembu, kambing, ikan, udang ….kalau nak murah, sardin kan ada,” nasihat seorang warga siber. 
 
Ada juga yang merasakan terdapat hikmah di sebalik pengumuman itu untuk mengamalkan gaya hidup sihat selepas menjamu selera dengan pelbagai hidangan Raya. 

“Alhamdulillah, kesempatan untuk jaga diet dengan lebih berkesan…”
 
“Dah lepas raya ni… aku dan ayam-ayam yang sewaktu dengannya boleh 'relax' sekejap," seloroh seorang pengguna Facebook.
 
Meninjau wadah e-dagang Carousel, ada beberapa pengguna yang dilihat sanggup 'menjual’ nasi ayam dan juga ayam segar pada harga yang keterlaluan. Semua catatan tersebut bagaimanapun dipercayai setakat rekaan semata-mata.  

Bagaimana pula dengan pendapat anda mengenai hal ini?

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa