Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

BERITA+: Layang-layang warna-warni bakal hiasi pantai Laut Hitam di Bulgaria

Anggaran Waktu Membaca:
BERITA+: Layang-layang warna-warni bakal hiasi pantai Laut Hitam di Bulgaria

Pesta layang-layang di Luat Hitam.

BALKAN: Jika anda ke Bulgaria pada cuti sekolah akan datang, jangan terlepas peluang untuk menyertai satu pesta layang-layang yang bakal diadakan di Luat Hitam pada hujung minggu depan.

Buat tahun ke-10, pembuat layang-layang dari pelbagai negara akan berkumpul di beberapa lokasi tepi pantai itu untuk menonjolkan karya mereka.

Pesta layang-layang tersebut juga dikenali sebagai "Via Pontica - Terbang bersama Burung-burung", dengan nama "Via Pontica" merujuk kepada laluan penghijrahan burung dari kawasan utara ke selatan.

Pihak penganjur berharap acara sedemikian boleh meningkatkan kesedaran terhadap pemuliharaan dan perlindungan alam sekitar serta spesies-spesies burung yang terancam.
Bagi penggemar layang-layang pula, acara itu tentunya sangat dinanti-nantikan.

Martin Karnolsky, salah seorang peserta yang sudah banyak kali mengambil bahagian dalam acara itu, tidak sabar untuk menonjolkan bakatnya.

Bermula sebagai satu hobi, bekas ahli pasukan Wind Hunters yang berpangkalan di Singapura ini, boleh melakukan pelbagai aksi dengan layang-layangnya.

Menerbangkan layang-layang sebenarnya agak sukar dan memerlukan satu kemahiran yang harus terus-menerus diasah, kata Encik Martin.

Namun, baginya, ia seperti berbasikal - lama-lama baru pandai. Encik Martin kini berharap dapat menubuhkan satu kumpulan penggemar layang-layang di Bulgaria pula.
Sumber : AP/NY/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan