Skip to main content

Gaya Hidup

BERITA+: "Layanan orang utan yang layak diterima" - kaki pengunjung ditarik selepas lompat kurungan untuk bergambar

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kerana TikTok, badan binasa - seorang pemuda Indonesia cedera gara-gara ingin bergambar dengan orang utan.

Kejadian itu mencetuskan perbahasan - sejauh mana warga net sanggup lakukan aksi bagi raih pengikut di media sosial.
 
Rakaman Hasanal Arifin, 19 tahun, melompat masuk ke tempat kurungan orang utan menjadi tular di media sosial seperti yang diinginkannya. Namun, aksi nekadnya itu untuk dikongsi di TikTok ibarat mengundang padah.

“Lain kali nak dekat dengan haiwan ganas pakai baju besi selamat” kata seorang warga net berseloroh.

Beberapa netizen juga sempat mengongsikan fakta pakar mengenai haiwan liar itu.

“Orang utan nampak saja lembik tapi kekuatannya dikatakan sekuat tenaga lima orang dewasa”, kata seorang netizen.

“Gigi tajam. Sepuluh kali ganda lebih tajam berbanding gigi manusia”, tambah seorang lagi warga net.

Ada netizen juga mempersendakan pemuda itu yang dikalahkan Tina, orang utan betina terbabit.

“Alamak malunya, takde power. Haiwan lebih kuat daripada kamu”, ujar seorang warga net.

Parodi kejadian itu juga berleluasa dan menjadi ejekan netizen di TikTok.

Hasanal Arifin sudahpun meminta maaf kepada pihak taman haiwan Kasang Kulim di Riau dan menyatakan rasa kesalnya.

Melihat peristiwa itu, mungkin anda bersetuju dengan komen netizen berikut.

“Layanan orang utan yang layak diterima”.
Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita