BERITA+ Kisah kreatif di sebalik NDP61
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Selepas sedekad, Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) kembali ke Stadium Negara dengan persembahan berskala besar yang menghimpunkan lebih 2,600 peserta, 36 artis serta pentas sepanjang 162 meter.
Bertemakan “Majulah Singapura, Terbang Lebih Tinggi!”, sambutan kali ini menggabungkan teknologi, nostalgia dan semangat kebersamaan menerusi enam babak persembahan.
Ia juga menghidupkan semula memori televisyen Singapura, serta mempertemukan seorang ikon dengan anak didik yang kini menjadi hos di pentas negara.
NDP61: LEBIH 2,600 PESERTA HIDUPKAN PENTAS GERGASI SEPANJANG 162 METER
Kanvas NDP tahun ini dibina seluas temanya, dengan pentas berbentuk anak panah.
Berukuran sepanjang 162 meter, pentas NDP61 merupakan antara yang terpanjang dalam sejarah NDP.
Segmen persembahan tahun ini menyaksikan penyertaan 36 artis dan lebih 2,600 peserta persembahan - yang beraksi menerusi enam babak.

Bagi Penerbit Kreatif, Dr Noorlinah Mohamed, kurangnya pengalaman mengendalikan persembahan di stadium tidak menjadi hambatan.
Malah, ia membuka peluang untuk meneroka dan membina bahasa visual yang baharu.
"Ini mungkin kali kedua kita anjurkan NDP di Stadium Negara. Kali pertama adalah 10 tahun yang lalu, tahun 2016. Jadi kebanyakan informasi ataupun ilmu dan pengalaman kurang. NDP di Stadium Negara adalah besar, segar, luas; kanvas yang banyak potensi dan kita boleh bereksperimentasi. Ertinya, Stadium Negara mesti diolah dan diubah untuk NDP 61," ujar Penerbit Kreatif, NDP 2026, Dr Noorlinah kepada wartawan Roslinda Rahmat semasa ditemui dalam acara Pranonton.
Babak pertama meliputi segmen Perbarisan dan Istiadat yang menampilkan 32 kontinjen, termasuk lebih 1,200 peserta awam - penglibatan awam terbesar dalam lebih sedekad.
Buat pertama kalinya, kontinjen awam masuk dan keluar melalui lorong penonton, sementara Tembak Hormat Kepresidenan dan acara terbang lalu bendera negara berlangsung di kawasan Kallang Basin yang terletak hampir 4 kilometer daripada Stadium Negara.
"Tema tahun ini adalah ‘Go Beyond’ - ‘Melangkaui Batasan’ dan ia menjadi cabaran kreatif dan juga pengurusan kami semua, melangkaui jangkaan lah kita mencari bagaimana kita boleh menciptakan NDP yang berbeza dan juga segar. Kita membina kiub udara itu sebesar 4 meter persegi dan kuboid udara itu sepanjang 46 meter, besar sekali. Dengan itulah kita boleh melihat pelbagai gambar dan lukisan ataupun cara corak-corak yang berlainan dan berbilang warna. Juga membina menara yang tinggi 8 meter gitu dengan permukaan-permukaan LED untuk meningkatkan impak visual. Kita juga ada kegemaran ramai iaitu Piroteknik, ada dua jenis - satu itu bunga api dan kedua itu kesan khas piroteknik," jelas Dr Noorlinah yang juga menjadi penerbit kreatif NDP 2024.
Para penonton di stadium dan di rumah diajak mencerminkan tema-tema seperti Melangkaui Batas Keupayaan Diri, Saiz Bukan Penentu Kejayaan, Memecahkan Tembok Penghadang dan Terbang Lebih Tinggi.
"Untuk babak ketiga - membuka tirai ialah Asnida Daud dengan nada Orang Lautnya. Persembahannya diikuti dengan rentak gendang berbilang budaya. Turut membintangi babak ini ialah penyanyi dan pemuzik Safuan Johari serta Rizman Putra dari kumpulan muzik, Nada," tambah Dr Noorlinah.

300 DRON & TIGA AKROBAT UDARA WARNAI PERTUNJUKAN DALAM STADIUM
Para penonton dapat menikmati pemandangan menakjubkan - aksi tiga akrobat udara yang diiringi buat pertama kalinya dengan 300 dron di dalam bangunan, yang terbang 30 meter dari permukaan lantai stadium.
Enam babak NDP61 bergerak daripada diri dan akar sejarah, kepada masa, batasan dan kebersamaan.
Setia mengikut tema NDP61, skala persembahan turut melangkaui kebiasaan. Lebih 170 mesin kesan khas digunakan, selain lebih 1,600 lampu bergerak, sekitar 50 laser, bunga api rendah asap di dalam stadium dan bunga api di luar stadium, semuanya disepadukan dalam satu tontonan. Sementara 42,000 penonton di dalam stadium pula menjadi “piksel hidup” menerusi gelang LED yang mereka pakai sepanjang tempoh mereka berada di dalam stadium.
"Babak keempat berjudul “Melangkaui Batas Masa” - memaparkan cita-cita kita dari segi evolusi media massa seperti iklan ataupun kempen dan juga program televisyen. Dan di sini juga kita menampilkan ikon pop Najip Ali dengan lagunya 'Rentak Oonik'," ujar Dr Noorlinah lagi.
Di situlah kanvas teknologi yang dipaparkan di stadium bertukar menjadi memori bersama.
NAJIP ALI HIDUPKAN NOSTALGIA EVOLUSI TV SG DI PENTAS NDP
Babak itu bergerak dari televisyen hitam putih kepada rancangan tempatan ikonik.
Lima hos NDP muncul sebagai kanak-kanak kampung tahun 1960-an yang menemui televisyen; merentasi rancangan Mat Yoyo, Gurmit Singh yang menghidupkan semula Phua Chu Kang, kempen awam dan produksi tempatan yang ikonik.
Najip Ali bukan sekadar wajah nostalgia; pengalaman hidupnya di televisyen menjadikannya jambatan antara beberapa generasi penonton.
"Penonton mungkin jika ada yang tak kenal saya akan kenal saya dan mungkin tidak tahu bagaimana evolusi tv daripada 60an sampai sekarang, dengan menontonnya, akan mengetahui serba sebanyak tentang sejarah televisyen, evolusi televisyen daripada hitam-putih hinggalah ke rancangan seperti Mat Yoyo dan rancangan-rancangan di televisyen, bermulanya drama-drama di saluran 8 dan rancangan-rancangan seperti Under One Roof dan sebagainya. Saya rasa evolusi itu jarang kita ketengahkan, kita gabungkan. Inilah satu cara di mana orang-orang yang tua, muda akan mengembalikannya, yang ini yang tak tahu tv akan kenal tentang tv," harap Najip.
Persembahannya memuncak dengan nyanyian “Rentak Oonik” - lagu yang menurutnya sudah berusia 30 tahun.

APABILA MENTOR DAN MENTEE BERKONGSI PENTAS NDP 2026
Jambatan generasi itu berlanjutan di luar babak berkenaan.
Sebagai salah seorang daripada tiga hos kali pertama, Hafidz Rahman mahu membawa unsur komedi sambil bergandingan dengan Joakim Gomez, Gurmit Singh, Udaya Soundari dan Xixi Lim.
Namun permulaan kerjaya Hafidz sebagai pengacara televisyen berkait langsung dengan rancangan terbitan Najip.
"Saya selalu bercakap dengan dia (Najip Ali), terasa seperti kembali ke titik permulaan kerana saya bermula menjadi pengacara di televisyen kerana acara Berani Nyanyi - hasil produksi Najip Ali. Dan dia adalah orang pertama yang menyuruh saya untuk mengendalikan acara Berani Nyanyi," kongsi pengacara kali pertama dalam NDP, menggantikan Siti K, kepada wartawan Berita+.
Daripada “Berani Nyanyi” ke Stadium Negara, lingkaran itu kini lengkap: anak didik mengemudi acara, mentornya pula bernyanyi dalam babak yang meraikan evolusi televisyen di Singapura.
"Saya sebenarnya ingat lagi bila dalam Hari Kebangsaan, saya pernah jadi hos bersama Gurmit Singh dan ramai lagi artis-artis dahulu di Stadium Negara dahulu. Sekarang di stadium baru pula. Dan anak didik saya pula, Hafidz Rahman menjadi pengacara pada kali ini. Jadi bila kita sudah sama-sama di NDP, terbayang lah masa saya kerja dengannya dahulu. Tapi Hafidz itu lebih lucu daripada saya. Saya pun rasa macam 'Tak kuat aku nak lari macam dia di stadium sebesar ini'. Tapi saya sangat harapkan penonton akan gembira dengan persembahan daripada Hafidz," luah Najip kepada wartawan.
MOMEN-MOMEN 'KEMBALI KE TITIK PERMULAAN'
Hafidz juga mendedahkan bahawa semua hos, kecuali Gurmit sebenarnya sama usia.
Hafidz berkata: "Bila kita berumur 11 tahun, kita semua menonton Pertunjukan Pendidikan Nasional dan hos pada tahun itu adalah Gurmit Singh! Jadi sekarang Gurmit Singh dengan kita semua empat orang dapat sama-sama jadi hos dan kita rasa macam ‘Betapa indahnya hidup ini'."
"Kadang-kadang kita rasa 'Ohhh, naklah jadi hos untuk NDP'. Bila dah jadi kenyataan dan kita dapat menjadi hos dengan idola kita dan kita dapat jadi hos dengan orang-orang lain yang sama-sama duduk di dalam stadium yang sama dahulu, 'Sungguh indah lah pengalamannya'," tambah Hafidz.
Maka tarikan NDP61 bukan teknologi semata-mata.
Ia sebaliknya berbentuk stadium yang menjadi kanvas, sejarah televisyen menjadi kenangan bersama, dan mentor serta anak didik menyambung satu warisan.

Sumber : BERITA Mediacorp/RL/rl
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.