Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

BERITA+: Gelagat penduduk S'pura 'tinggikan suara' demi aiskrim percuma dapat perhatian warganet sedunia

Anggaran Waktu Membaca:
BERITA+: Gelagat penduduk S'pura 'tinggikan suara' demi aiskrim percuma dapat perhatian warganet sedunia

Gambar: Tiktok/@yukianggia

SINGAPURA: Anda sanggup jerit di khalayak ramai untuk mendapatkan aiskrim percuma?

Kicau di media sosial gelagat pelbagai 'bakat' terpekik telolong bagi mendapatkan aiskrim percuma McDonalds di cawangannya di Funan Mall.

Gelagat penduduk Singapura yang 'tinggikan suara' itu turut mendapat perhatian warganet di seluruh dunia.

Strategi pemasaran McDonald's tersebut berlangsung selama tiga hari pada 29 hingga 31 Ogos lalu, dan terbukti berjaya mencungkil banyak bakat bersuara lantang.

Bahkan ramai yang tidak kering gusi menonton video yang dimuatnaik pengguna TikTok @yukianggia yang berjaya menarik lebih 22 juta tontonan dalam seminggu.

“Saya nak beli mesin ini untuk mak saya. Jadi, setiap kali dia marah, dia dapat aiskrim," ujar seorang warganet berseloroh.

“Kalau mak saya ada, dia memang menang ni”, kata seorang lagi netizen.

“Dekat mana ni, nak bawa isteri saya,” tambah netizen lain.

“Geng suri rumah elok serta,” saran seorang warganet dalam ruangan komen video berkenaan.

Seakan melepaskan perasaan yang lama terpendam, bakat paling menarik perhatian, seorang pelajar lelaki berbaju kuning yang memekik sehingga badannya menggeletar!

“Abang baju kuning tu mesti pernah latih dalam dunia dragon ball," ujar seorang warganet.

"Saya boleh lepaskan geram saya di sini," tambah seorang lagi warganet.

“Aiskrim dapat, sakit tekak pun dapat,” ujar seorang netizen.

Dianggap cara kreatif untuk melepaskan tekanan, video yang tular itu turut menarik perhatian warganet di negara lain.

“Mcdonalds Brunei, saya perlukan mesin ini”, kata seorang netizen.

“Tolong buat satu ke dua di KLCC, Pavilion”, ujar netizen yang merujuk kepada pusat beli belah di Kuala Lumpur, Malaysia.

“Tolong dibuat di Surabaya”, kata seorang warganet asal Indonesia.

Bahkan, video parodi rakyat Jepun yang melawat pusat beli belah Funan untuk sertai acara itu juga tular. Namun, beliau terlepas peluang dek acara sudah berakhir pada 31 Ogos.
Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa