BERITA+ Gagasan semarakkan budaya kulinari Kampong Gelam dengan jenama makanan warisan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Nasi Padang, nasi lemak, murtabak - malah mungkin suatu hari nanti, nasi ayam halal daripada jenama warisan Cina tempatan.
Bolehkah Kampong Gelam menjadi tempat berhimpunnya lebih banyak jenama makanan warisan Singapura?
Itulah antara gagasan yang diketengahkan pemilik generasi ketiga Rumah Makan Minang sempena pembukaan semula restoran keluarganya yang sudah berusia 72 tahun.
Persoalannya: dapatkah Kampong Gelam bukan sahaja pertahankan akar Melayunya — tetapi turut menjadi ruang untuk kisah warisan kulinari masyarakat Singapura yang lebih luas, sambil mengekalkan identiti sejarahnya?
USULAN AGAR KAMPONG GELAM JADI HAB JENAMA MAKANAN WARISAN SG
Sudah lebih tujuh dekad Rumah Makan Minang berakar di Kampong Gelam. Bagi Encik Hazmi Zin, pemilik generasi ketiga, restoran warisan yang menyajikan hidangan asli Padang yakni Rumah Makan Minang, kawasan ini bukan sekadar lokasi perniagaan, tetapi sebahagian daripada sejarah keluarganya.
"Di sinilah perjalanan keluarga kami di Rumah Makan Minang - di Kandahar Street ini. Sebab, waktu nenek saya datang ke Singapura, dia menetapkan perniagaannya di Kampong Gelam. Jadi oleh kerana itulah saya membesar di sini daripada kecil sampailah sekarang. Dan walaupun saya tinggal di tempat lain, tapi hati saya masih di Kampong Gelam," ujar Encik Hazmi kepada wartawan Roslinda Rahmat sewaktu majlis pembukaan semula restorannya.
Namun warisan Rumah Makan Minang bukan sekadar resipi yang dipertahankan.
Ia dibina melalui tenaga beberapa generasi — daripada seorang ibu yang berniaga, kepada anak-anak yang membantu sebelum ke sekolah, dan kini cucu-cucu yang meneruskannya.

"Jadi emak (saya) berusaha, macam-macam buat tambah-tambah lauk yang bagus-bagus, yang sedap-sedap jadi kita semua adik-beradik tolong Mak, tolonglah, sebelum sekolah tolong Mak. Itu yang saya percaya perniagaan warisan ini, ia akan tidak akan putuslah. Ia akan berterusan, insyaAllah," ujar pemilik generasi kedua Rumah Makan Minang, Cik Zubaidah Marlian yang merupakan ibu kepada Encik Hazmi.
Kini, Encik Hazmi mahu lebih banyak jenama warisan tempatan daripada pelbagai masyarakat menimbangkan Kampong Gelam sebagai pangkalan mereka — tanpa menghilangkan identiti asal kawasan itu.
"Saya fikir ia amat penting, saya bukan hanya nak bercakap tentang jenama Melayu, jadi jenama-jenama macam jenama tempatan, asal Singapura. Contohnya macam Boon Tong Kee Chicken Rice, Beach Road Prawn Noodles," luah Encik Hazmi.
KOS SEWA, JUMLAH PENGUNJUNG, PERTIMBANGAN UTAMA PENIAGA
Antara yang sedang menimbangkan peluang itu ialah nasi ayam jenama warisan, Boon Tong Kee, yang melihat potensi membawa versi halalnya, Chicken Ka Kee, ke Kampong Gelam.
"Jika kami berpeluang berada di Kampong Gelam, adalah baik jika kami dapat menyediakan pelbagai jenis masakan untuk masyarakat, khususnya yang halal. Ini juga dapat memberi masyarakat peluang untuk mengenali masakan daripada pelbagai budaya," luah Pengarah Boon Tong Kee Chicken Rice, Encik Jason Thian kepada wartawan.
Namun jika lebih banyak budaya dibawa masuk, bagaimana identiti asal Kampong Gelam dapat dipertahankan?
"Ia tidak semestinya bercirikan berbilang kaum. Ia masih boleh kekal sebagai destinasi yang mengetengahkan warisan Melayu, yang akan memberikannya identiti dan takrifan yang sangat jelas supaya orang ramai tahu bahawa jika mereka mahu mengunjungi tempat yang kaya dengan warisan Melayu, mereka boleh datang ke Kampong Gelam," tambah Encik Thian.

DAPATKAH PILIHAN MAKANAN DIPERLUAS, TANPA HAKIS WARISAN MELAYU DI KG GELAM?
Pengasas Nasi Lemak Selera Rasa dan CRAVE juga melihat peluang untuk membuka perniagaan di sini.
Baginya, sejarah Kampong Gelam sendiri adalah tarikan.
Jenama tempatan yang bermula sejak 1972 itu juga berpendapat, adanya lebih banyak jenama makanan - contohnya andai dibina sebuah pusat penjaja di Kampong Gelam, boleh menambah sebab untuk lebih ramai datang berkunjung ke daerah warisan Melayu itu.
"Sejarah makanan antara yang membuat orang datang. Jadi macam Kampong Gelam ini, sejarah dia sungguh lama sekali," ujar Pengasas Selera Rasa dan Crave Nasi Lemak.
Beliau melihat nilai pada kelompok perniagaan - apabila beberapa jenama terkenal berada berdekatan, setiap satu boleh membantu menarik pelanggan ke kawasan yang sama.
Seperti tiga restoran murtabak berbeza, yang berhadapan dengan Masjid Sultan.
"Yang buat orang datang ke sini adalah kerana tiga jenama (murtabak: Zam Zam, Victory dan Tasneem). Jadi kalau ada di sini, ada banyak lagi jenama, saya rasa lagi baiklah," ujar Dr Malik.

CITA-CITA BUDAYA VS REALITI KOMERSIAL
Tetapi cita-cita budaya perlu berdepan dengan realiti komersial.
Bagi perniagaan yang mahu bertapak di kawasan pemuliharaan, sewa, jumlah pengunjung, ruang dan kos operasi boleh menentukan sama ada sesuatu rancangan itu benar-benar berdaya maju.
"Ia memang agak mencabar kebelakangan ini, terutamanya apabila kita melihat kos sewa yang semakin meningkat, bukan? Pertama sekali, sokongan masyarakat sememangnya salah satu faktornya. Faktor yang lain ialah anggaran jumlah pengunjung. Maksud saya, jumlah pengunjung perlu tinggi untuk kami mempertimbangkannya, bukan?" ujar Encik Thian lagi.
Maka itu Encik Hazmi berharap peniaga, masyarakat, pemilik hartanah dan agensi berkaitan bergerak bersama, untuk memastikan perniagaan warisan terus hidup.
"Kerana saya membesar di Kampong Gelam, saya percaya Kampong Gelam ini memerlukan lebih banyak jenama tempatan, jenama Singapura yang mempunyai sejarah, legasi dan kisah untuk dikongsi. Jadi, tidak kira sama ada daripada masyarakat Melayu, Cina, India, Peranakan ke, Serani ke, kita berbilang bangsa. Kita jangan melihat mereka ini sebagai persaingan. Kita lihat ia sebagai jiran yang membina satu warisan bersama," kongsinya.
Oleh kerana akhirnya, warisan tidak hidup hanya kerana sesuatu tempat itu bersejarah.
Ia hidup apabila ada generasi yang mahu meneruskannya, pelanggan yang masih mencarinya dan sebuah masyarakat yang melihat nilai pada kisah di sebalik setiap perniagaan.

Sumber : BERITA Mediacorp/RL/rl
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.