Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

BERITA+: Finland kitar semula hampas kopi hasilkan kasut sneaker

Finland adalan antara destinasi utama para penggemar kopi di Eropah. Satu fakta menarik - rakyatnya paling banyak minum kopi di dunia dari segi per kapita.

Anggaran Waktu Membaca:
BERITA+: Finland kitar semula hampas kopi hasilkan kasut sneaker

Kasut sneaker keluaran syarikat Finland, Rens, diperbuat daripada hampas kopi. (Gambar: Rens Original/Instagram)

HELSINKI: Finland adalan antara destinasi utama para penggemar kopi di Eropah. Satu fakta menarik - rakyatnya paling banyak minum kopi di dunia dari segi per kapita.

Kopi sememangnya popular di Finland. Lantaran itu, tidak hairanlah syarikat Rens yang berpangkalan di Helsinki menghasilkan kasut 'sneaker' diperbuat daripada sisa kopi.

Dianggarkan dua bilion cawan kopi diminum di merata dunia setiap hari tetapi hanya lima peratus hampas kopi kini dikitar semula.

Rekaan kasut yang dinamakan "Nomad" ini tercetus daripada minat pemilik syarikat tersebut terhadap kopi. Sepasang kasut dianggarkan mengandungi hampas biji-biji kopi yang dikisar daripada kira-kira 21 cawan kopi.

Satu lagi bahan yang digunakan untuk bahagian tapak kasut itu adalah botol plastik yang dikitar semula.

Menurut pengasas bersama Rens, Son Chu, produk-produk mampan amat popular dalam pasaran Finland.

Sisa kopi yang digunakan diperolehi daripada rantaian kedai kopi dan kedai serbaneka di merata Asia. Sesetengah "Kasut Kopi" pula dihasilkan di sebuah kilang di Vietnam, salah satu pengeluar kopi terbesar di dunia.

Sumber : Agensi berita/EM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan