Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

BERITA+: 'Filter' anime Jepun di TikTok boleh kesan makhluk halus?

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tular di media sosial baru-baru ini, 'filter' anime Jepun di TikTok yang dikatakan boleh 'tangkap' hantu.

Beberapa warganet yang ghairah mencuba 'filter' terbaru itu, berkongsi pengalaman mereka - ada yang musykil, namun ada pula yang meremang bulu roma selepas melihat hasilnya.

Ciri filter tersebut asalnya mampu mengubah sebarang gambar orang atau barang yang dipetik menjadi watak anime.

Namun, beberapa netizen kemudian mendakwa apabila filter itu digunakan di tempat-tempat yang 'keras', akan keluar watak anime.

Seorang pengguna TikTok, @nur.iqah.adam misalnya memuatnaik gambar koridor kosong di rumahnya dan muncul watak anime seorang gadis selepas menggunakan filter berkenaan.

Reaksi warganet berbelah bagi - ada yang menganggapnya palsu dan kebetulan sahaja.

"Tak payah percaya sangatlah," tulis seorang netizen di ruangan komen hantaran itu.

"Saya cuba beberapa kali dan macam-macam keluar...mungkin disunting secara rambang," ujar seorang netizen.

Ada yang terkejut dan gerun dengan 'orang' yang muncul di ruangan kosong tatkala 'filter' itu digunakan.

"Aku meremang sampai ke kepala," tulis seorang warganet.

Beberapa pengguna lain juga ikut serta dalam misi 'mencari hantu' melalui aplikasi TikTok. Namun rata-rata netizen mengganggap 'filter' itu sekadar hiburan.

"Tok bomoh boleh pencen lah kalau boleh kesan macam gini je," seloroh seorang netizen.

"Ini filter aja, jangan takutkan diri sendiri!" tulis netizen lain.

Apa kata, jika anda cuba sendiri.
Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan