Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

BERITA+: Budaya, tradisi perayaan Krismas akrabkan jalinan keluarga, jadikan sambutan lebih bermakna

Selain daripada hari jualan murah yang kebanyakan kita tahu, sebenarnya ada makna lain di sebalik sambutan Boxing Day pada 26 Disember.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Hari ini, 26 Disember juga dikenali sebagai Boxing Day. Selain daripada hari jualan murah yang kebanyakan kita tahu, sebenarnya ada makna lain di sebalik sambutan itu.

BERITA+ minggu ini meninjau pengertian dan makna di sebalik beberapa tradisi sambutan Krismas - dari makanannya sehinggalah ke Pokok Krismas!

ASAL USUL BISKUT 'GINGERBREAD MAN'

Musim perayaan Krismas disambut meriah oleh para penganut Kristian pada setiap 25 Disember.

Namun bagi masyarakat lain secara amnya, inilah juga masanya untuk kita nikmati pelbagai jenis hidangan dan manisan yang enak-enak.

Gambar: Ira Musfirah
Gambar: Ira Musfirah


Sebut sahaja tentang musim perayaan, pastinya ada "kuih-muih" istimewa yang sedia terhidang di atas meja.

Begitu juga dengan sambutan Krismas, ada "log cake", "gingerbread man" dan "gingerbread house" yang menjadi antara manisan yang wajib ada semasa perayaan ini.

Gambar: Ira Musfirah
Gambar: Ira Musfirah


Tradisi biskut "gingerbread man" sebenarnya bermula dengan Ratu Elizabeth I pada abad ke-16 lagi, di mana beliau membakar biskut 'gingerbread' dalam bentuk manusia, bagi mewakili orang-orang ternama waktu itu dan kemudian dihadiahkan kepada mereka.

HANSEL & GRETEL POPULARKAN BUDAYA MEMBUAT RUMAH GINGERBREAD

Kemudian, ada "gingerbread house" pula. Saya difahamkan, biskut berempah campuran kayu manis, halia, mentega, tepung dan telur berbentuk rumah ini sebenarnya menjadi popular menyusuli cerita dongeng kanak-kanak 'Hansel and Gretel' pada tahun 1812.

Gambar: Ira Musfirah
Gambar: Ira Musfirah


Dari situlah, ia kemudian menjadi ikutan ramai sehinggalah menjadi satu aktiviti keluarga yang lazim dilakukan pada musim Krismas ini.

Jadi apa ciri-ciri penting dalam satu "gingerbread house" itu?

Pemilik kafe halal All Things Delicious, Cik Dewi Imelda Wadhwa berkongsi: "Tingkap dan pintunya tetapi yang terutama sekali mesti rasa gembira.

Dewi Imelda Wadhwa
Pemilik All Things Delicious, Dewi Imelda Wadhwa.


"Sebab ini adalah aktiviti yang tak payah sempurna asalkan meriangkan, menggembirakan dan untuk masa berkualiti dengan anggota keluarga."

Bagi berkongsi keceriaan dan memudahkan orang ramai membina "gingerbread house" mereka sendiri, All Things Delicious turut menjual kit yang mengandungi kepingan biskut 'gingerbread' dan gula aising.

Gambar: Ira Musfirah

Bagi kafe tersebut, penjualan kit itu bukan sahaja untuk memudahkan orang ramai tapi juga bagi tujuan amal - menceriakan kanak-kanak dari keluarga memerlukan dengan hadiah iaitu satu tradisi Krismas!

"Sejauh ini kami sudah jual 250 kotak 'gingerbread house' kit ini. Bermakna kami sudah membina $500 untuk dana mainan ini dan kami meningkatkan lagi hasil dana ini," ujar Cik Imelda.

Gambar: Ira Musfirah

Dana itu akan dikumpul sehingga esok (27 Dis) dan kemudian disalurkan kepada Persatuan Kanak-Kanak Singapura untuk membeli mainan dan keperluan bagi mereka yang memerlukan.

Di Butter Studio pula, manisan-manisan sempena musim ini turut dijual untuk dinikmati bukan sahaja oleh penganut Kristian tetapi juga kumpulan pelanggan yang lebih luas, yang turut mahu merasa atau memberinya sebagai buah tangan.

Gambar: Ira Musfirah
Pemilik Butter Studio, Shannon Lua.


Pemilik Butter Studio, Cik Shannon Lua berkongsi: "Butter Studio adalah jenama inklusif, jadi sebagai kafe yang diiktiraf halal, kami memenuhi keperluan pelbagai kumpulan pelanggan.

"Ini juga memberi kegembiraan buat kami bahawa manisan Krismas bukan sahaja tertumpu kepada segmen pelanggan tertentu sahaja,"

'BOXING DAY' MENGINGATKAN PADA YANG MEMERLUKAN

Sambutan Krismas tidak berakhir pada 25 Disember sahaja tetapi keistimewaan musim perayaan ini diteruskan juga pada hari keesokannya iaitu pada Boxing Day (26 Dis).

Pada hari tersebut, kita sering melihat para penganut Kristian membuka hadiah-hadiah yang diberikan kepada mereka semasa Hari Krismas.

Jadi apakah keistimewaan tarikh ini bagi para penganut Kristian?

Menurut penganut Kristian Encik Irving Ang, Boxing Day lazimnya disambut dengan lebih meriah di Eropah dan di Amerika, berbanding di sini.

irving ang
Irving Ang.



"Ia tentang hari menyumbang kembali kepada mereka yang memerlukan. Jadi di Singapura, kami tidak begitu menyambut Boxing Day kerana kami percaya hari apa pun boleh menjadi hari untuk menyumbang kembali kepada mereka yang memerlukan.

"Jadi ia lebih kepada acara mengeratkan hubungan keluarga, membuka hadiah-hadiah dan menikmati baki juadah yang ada. Jadi makan tak boleh habis, jangan buanglah, nanti sayang," ujar Encik Ang.

HIAS POKOK KRISMAS AKRABKAN LAGI HUBUNGAN KELUARGA

Satu lagi tradisi ialah Pokok Krismas yang lazimnya menjadi simbol musim perayaan ini.

Kami difahamkan lambang pokok Krismas itu berbeza dari tempat ke tempat namun bagi Encik Ang, ia lebih kepada perhiasan waktu perayaan dan kegiatan menghiasinya boleh mengeratkan jalinan kekeluargaan.

Gambar: Ira Musfirah

"Tentunya kami juga mempunyai pokok Krismas, di mana kami meletakkan pokok itu di dalam rumah. Kemudian kami menggantungnya dengan loceng dan juga bintang di bahagian atas pokok dan menghiasinya dengan 'lampu lap-lip' di sekeliling pokok," kata beliau.

Dari makanan hinggalah ke Pokok Krismas, tradisi atau budaya Krismas lebih tertumpu kepada mengakrabkan lagi jalinan antara anggota keluarga mahupun sahabat handai.

Sejauh mana kita mencapai kemodenan, budaya dan tradisi beratus tahun sebeginilah yang menjadikan detik-detik yang diluangkan bersama anggota keluarga pada musim perayaan ini menjadi jauh lebih bermakna.

Sumber : BERITA Mediacorp/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa