Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

BERITA+: Berbasikal di tanah tandus Chernobyl 35 tahun selepas bencana nuklear

Mungkin tidak pernah terlintas di fikiran, tapak bencana di loji nuklear Chernobyl 35 tahun lalu, kini menjadi satu destinasi pelancongan.

Anggaran Waktu Membaca:
BERITA+: Berbasikal di tanah tandus Chernobyl 35 tahun selepas bencana nuklear
Diterbitkan : 17 Oct 2021 04:28PM Dikemas Kini : 17 Oct 2021 08:39PM

UKRAINE: Mungkin tidak pernah terlintas di fikiran, tapak bencana di loji nuklear Chernobyl 35 tahun lalu, kini menjadi satu destinasi pelancongan.

Tetapi beranikah anda berbasikal dalam kawasan yang masih ada kesan radiasi?

Lebih 30 tahun selepas bencana loji nuklear paling buruk dalam sejarah dunia, papan-papan tanda amaran masih wujud di sekitar kawasan Chernobyl di Ukraine.

Namun, Zon Pengecualian lebih 30 kilometer itu semakin popular menyusuli siri TV HBO 'Chernobyl'.

Pada 2019, zon larangan itu menerima lebih 123,000 pengunjung. Baru Ogos lalu, lawatan berpandu ke sana mula menggunakan basikal.

Ini agar para pengunjung boleh berada lebih dekat lagi dengan rumah-rumah dan tugu-tugu peninggalan zaman Soviet di sana.

Malah, pihak berkuasa mahu menjadikan Chernobyl sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO.

Selepas penat mengayuh, para pengunjung berhenti sejenak untuk melawat 'Babushka Maria' yang menyaksikan sendiri tragedi nuklear Chernobyl.

Beliau berpindah kembali ke kampung halamannya itu hanya beberapa bulan selepas bencana tersebut pada 1986. Harapannya untuk menyambut lebih ramai tetamu.

Sepanjang lawatan berpandu itu, keselamatan semestinya menjadi keutamaan.

Para pengayuh dilarang makan atau minum dan mesti mengayuh dalam kumpulan di laluan dengan paras radiasinya sudah dipastikan selamat.

Pada akhir lawatan, para pengayuh basikal juga akan diperiksa paras radiasinya.

Ini agar mereka pulang dengan kenangan manis dan tidak lebih daripada itu. 

Sumber : Agensi berita/ZM/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa