Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

BERITA+: Berapa jumlah sisa dijana di Singapura?

Pernahkah anda terfikir berapa jumlah sisa dijana di sini, dan sejauh mana kemajuan langkah-langkah mengurusnya?

Anggaran Waktu Membaca:
BERITA+: Berapa jumlah sisa dijana di Singapura?

(Gambar fail: Raj Nadarajan/TODAY)

Diterbitkan : 07 Nov 2021 08:17PM Dikemas Kini : 07 Nov 2021 08:31PM

SINGAPURA: Isu-isu sekitaran kerap diketengahkan sejak kebelakangan ini. Mentelah lagi dengan persidangan COP26, usaha untuk menangani masalah iklim mendapat semakin banyak sorotan.

Namun sebarang wacana tentang tindakan alam sekitar kurang lengkap tanpa memahami dahulu jumlah sisa semasa dan keberkesanan langkah-langkah setakat ini.

BERITAmediacorp meninjau bagaimana usaha secara kolektif di Singapura mampu mengurangkan jumlah sisa yang dihasilkan.

JUMLAH SISA, KADAR KITAR SEMULA

Pertama sekali - tahukah anda berapa banyak sisa yang kita hasilkan tahun lalu?

Sekitar 5.88 juta tan sisa, turun daripada 7.23 juta tan sisa pada 2019.

Daripada jumlah sisa itu, lebih separuh atau sekitar 3 juta tan sisa berjaya dikitar semula.

Sektor domestik Singapura yang merangkumi pusat penjaja dan sekolah juga kurang menghasilkan sisa - 1.76 juta tan sisa dijana tahun lepas, berbanding 1.87 juta tan sisa pada 2019.

PEMBAZIRAN MAKANAN

Singapura terkenal dengan budaya makanannya. Jadi bagaimana pula dengan pembaziran makanan?

Sejumlah 665,000 tan sisa makanan dihasilkan tahun lepas - bersamaan dengan 51,000 buah bas dua tingkat!

Namun menariknya, jumlah itu lebih rendah berbanding 744,000 tan sisa makanan yang dihasilkan pada 2019.

Meskipun jumlah sisa makanan boleh dianggap masih tinggi, sebenarnya, kadar mengitar semula sisa makanan meningkat kepada 19 peratus tahun lalu, iaitu yang tertinggi sejak 10 tahun lalu.

KERTAS DAN PLASTIK

Bagaimana pula dengan sisa kertas dan plastik?

Pada 2020, sekitar 1.1 juta tan kertas menjadi sisa sekali gus penyumbang sisa terbesar Singapura.

Daripada jumlah itu, 432,000 tan sisa kertas dapat dikitar semula.

Bagi plastik pula, 868,000 tan sisa terhasil tahun lepas, 6 peratus lebih rendah berbanding 930,000 tan pada 2019.


Jangan terlepas ikuti laporan-laporan khas lain Cinta Bumi yang mengupas isu-isu iklim dan alam sekitar. 

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan