BERITA+: Bazar Ramadan jadi ruang papar kreativiti, budaya serta warisan
Bazar-bazar Ramadan bukan sekadar tempat membeli juadah berbuka mahupun mendapatkan kelengkapan Hari Raya.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Bazar-bazar Ramadan bukan sekadar tempat membeli juadah berbuka mahupun mendapatkan kelengkapan Hari Raya.
Di Geylang Serai dan Kampong Gelam misalnya, bazar Ramadan turut menjadi ruang untuk meraikan warisan, seni malah pengisian rohani sepanjang bulan.
Daripada sudut bergambar bertema kampung hingga persembahan dikir barat dan nasyid, pelbagai inisiatif digerakkan untuk menghubungkan generasi muda dengan budaya dan nilai masyarakat.
BAZAR GEYLANG & KAMPONG GELAM TAMPILKAN WARISAN, BUDAYA & UNSUR ROHANI
Warisan, sejarah dan nostalgia dalam bentuk rumah-rumah kampung.

Di bazar Geylang Serai, termuat lapan ruang bergambar yang dibangunkan syarikat Solace Studios, menjadi usaha kreatif yang mengenalkan generasi muda kepada kehidupan di kampung.
Pada masa yang sama, ia juga menggamit memori untuk mereka yang lebih berumur.
Dinamakan 'Kampung Solace', ruang-ruang bergambar itu terletak di tapak sebesar 13 meter kali 13 meter bersebelahan kawasan gerai-gerai kelengkapan Hari Raya.
"Menyelidik tentang warisan budaya Geylang Serai, kami mendapati betapa pentingnya untuk mengadakan unsur warisan dan budaya, walaupun dalam konteks moden ini. Di Solace Studios, kami percaya bahawa gambar bukan sekadar imej tetapi juga menjadi memori yang akan dikenangkan di dalam masa hadapan."
"Sebab itu, apabila kami buat sudut bergambar yang menghormati budaya ini, kami rasa bahawa ia membantu generasi muda ini memahami dan menghargai warisan yang berada di sini," ujar juru reka kreatif, Solace Studios, Nur Sabrina Suhaimi kepada wartawan Roslinda Rahmat.

JENTIK NOSTALGIA ORANG LAMA, KENALKAN WARISAN KEPADA YANG MUDA
Sebagai juru reka, banyak faktor yang menjadi keprihatinan, termasuk menjadikan suasana kampung yang dipaparkan itu ruang yang relevan buat masyarakat majmuk Singapura.
"Kami ingin membuat sesuatu yang sealiran dengan tema Geylang Serai yang dikenali sebagai tempat utama untuk budaya masyarakat Melayu. Jadi kami melawat Kampung Lorong Buangkok, iaitu kampung terakhir yang masih wujud di Singapura untuk mencapai inspirasi dan juga memahami dengan lebih lanjut apa itu suasana kampung."
"Macam mana kita boleh membawa suasana nostalgia itu ke Kampung Solace di Bazar Geylang Serai tahun ini. Dari situ kita dapat inspirasi bagaimana kita dapat membuat ruang komuniti macam bilik-bilik yang lain. Ia bukan hanya satu ruang tetapi seperti memasuki dan mengalami era-era yang berlainan," kongsi Cik Sabrina.
Kampung Solace juga memaparkan luahan inovasi, selain kreativiti.
Cik Sabrina berkata: "Di antara bilik-bilik yang paling 'popular' adalah sudut bergambar di mana ia nampak seperti di depan halaman rumah yang sangat menaikkan suasana kampung halaman. Ia rasa semacam di suasana kampung dan kami juga membawa dua ciri-ciri foto sudut bergambar baharu seperti 'suite' bilik surat khabar dan juga bilik 'flipbook' kami yang baharu."
USAHA BAHARU HUBUNGKAN GENERASI & PUPUK JATI DIRI
Pentas pertunjukan di Wisma Geylang Serai pada Ramadan ini juga menampilkan persembahan mengenai Ramadan dan Hari Raya oleh kumpulan dikir barat, Andika Kencana.
"Semuanya diaturkan secara spontan. Mesej untuk menonjolkan kepada masyarakat bahawa dikir barat ini bukan sekadar budak-budak yang melepak, menyanyi-nyanyi, bersorak-sorak, namun dalam lagu dan sorakan itu, ia membawa satu semangat dan juga satu mesej yang positif dan memberikan kegembiraan kepada semua," ujar Syafiq Moklas, Tukang Karut Andika Kencana.
Persembahan kumpulan itu adalah sebahagian daripada program Santai Sejenak @ WGS, yang menampilkan artis dari dalam dan luar negara seperti Hady Mirza dan Hael Husaini, selain kumpulan-kumpulan seni seperti Orkes Engku Aman, dan Hayunan Seni.
Selain menyampaikan mesej penting melalui permainan kata, kumpulan itu juga mengingatkan para penonton tentang pentingnya usaha menjalin hubungan merentas generasi.
Kumpulan itu mengajak barisan anggota perintisnya, seawal tahun 1992, untuk membuat persembahan dengan anggota terkini, di atas satu pentas.
NASYID & TAZKIRAH WARNAI BAZAR GEMILANG KAMPONG GELAM BUAT JULUNG KALI
Buat pertama kalinya di Bazar Gemilang Kampong Gelam pula, para pengunjung dapat menikmati santapan rohani menerusi persembahan nasyid oleh sekumpulan pelajar Madrasah Aljunied Al-Islamiah.
"Saya beri peluang kepada budak-budak Madrasah Aljunied ini untuk buat persembahan nasyid, sebagai peringatan juga dalam tempoh bulan Ramadan ini. Peringatan dalam lirik lagu mereka lah. Dan setahu saya, tazkirah ini adalah penganjuran kali pertama untuk semua bazar," ujar penganjur Gemilang Kampong Gelam 2026, Syed Muhammad Farit Syed Ahmad.
Ketua kumpulan nasyidm Soutul Juneid, Muhammad Ilyas Ismail berkata: "Perasaan agak terharulah sebab ini adalah satu peluang emas yang tidak semua orang dapat untuk membuat persembahan untuk masyarakat. Intipati persembahan ini di Bazar Kampong Gelam adalah untuk menyebarkan mesej Ramadan yang penuh rahmat, keinsafan dan juga ikhlas."

"Kami juga ingin menyampaikan nilai tarbiah yang kita belajar di sekolah seperti itqan, ikhlas dan ihsan. Namun, Ramadan ini bukan sahaja bulan yang kita harus melakukan amal ibadah. Ia adalah satu bulan yang kita boleh mengongsikan atau memberikan kesan positif kepada masyarakat juga," ujar Ketua kumpulan nasyid Soutul Juneid, Muhammad Ilyas Ismail.
Bagi penganjur acara, nasyid dan tazkirah disertakan dalam program bersama paparan budaya dan seni suara kontemporari demi mewujudkan keseimbangan di antara kedua-duanya.
"Ini supaya kita tidak lupa budaya kita dan keagamaan kita. Saya dapat peluang bersama para pelajar madrasah ini supaya kita dapat gabungkan belia dari sekolah sekular dengan belia dari madrasah ini. Para pelajar madrasah mungkin cenderung kepada nasyid, belia dari sekolah sekular mungkin ada yang menjadi pempengaruh atau 'influencer' dan yang seterusnya," ujar Encik Syed Farit.
Melalui gabungan elemen warisan, persembahan seni tradisional dan kontemporari, serta pengisian rohani yang menyentuh jiwa, penganjur juga berusaha menjambatani jurang generasi dan mewujudkan ruang yang inklusif buat semua.

Sumber : BERITA Mediacorp/RL/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.