Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Berita baik: 7 hujung minggu lebih panjang menanti anda pada 2020!

Sudahkah anda berjaya 'mengecas' semula diri dengan pergi makan angin, atau meluangkan waktu senggang dengan kegiatan yang digemari, sebelum kembali ke tempat kerja?

Anggaran Waktu Membaca:
Berita baik: 7 hujung minggu lebih panjang menanti anda pada 2020!

(Gambar: TODAYonline)

Diterbitkan : 22 Aug 2019 12:27AM Dikemas Kini : 22 Aug 2019 12:29AM

SINGAPURA: Cuti umum panjang hujung minggu baru sahaja berlalu apabila Hari Kebangsaan (9 Ogos) dan Hari Raya Aidiladha (11 Ogos) jatuh selang sehari sahaja tahun ini. Sudahkah anda berjaya 'mengecas' semula diri dengan pergi makan angin, atau meluangkan waktu senggang dengan kegiatan yang digemari, sebelum kembali ke tempat kerja?

Pasti ada juga yang 'naik lemak' dan tidak sabar lagi menantikan cuti umum panjang seterusnya.

Ini berita baik untuk semua! Sepanjang tahun 2020, anda boleh menikmati tujuh hujung minggu lebih panjang - berbanding empat sahaja pada tahun ini - kerana cuti umum yang jatuh pada Jumaat, Ahad atau Isnin.

Lebih manis lagi? Jika anda bijak merancang, anda boleh sewenang-wenangnya berehat daripada kerja buat 49 hari dengan hanya menggunakan 15 hari cuti.

Ayuh baca senarai berikut ini dan lekas pangkah tarikh 'penting' ini sebelum anda gigit jari.

1. Tahun Baru 2020
Cuti umum: 1 Jan (Rabu)
Ambil cuti pada: 2-3 Jan
Bermakna: Nikmati 5 hari rehat

2. Tahun Baru Cina
Cuti umum: 25 & 26 Jan (Sabtu & Ahad), 27 (Isnin)
Bermakna: Nikmati 3 hari rehat tanpa perlu ambil cuti

3. Good Friday
Cuti umum: 10 Apr (Jumaat)
Bermakna: Nikmati 3 hari rehat tanpa perlu ambil cuti

4. Hari Buruh
Cuti umum: 1 Mei (Jumaat)
Bermakna: Nikmati 3 hari rehat tanpa perlu ambil cuti

5. Hari Vesak
Cuti umum: 7 Mei (Khamis)
Ambil cuti pada: 4, 5 6, 8 Mei
Bermakna: Nikmati 10 hari rehat dengan menggunakan cuti umum Hari Buruh dan mengambil 4 hari cuti

6. Hari Raya Aidilfitri
Cuti umum: 24 Mei (Ahad) maka 25 Mei (Isnin) juga cuti umum
Bermakna: Nikmati 3 hari rehat tanpa perlu ambil cuti

7. Hari Raya Aidiladha
Cuti umum: 31 Jul (Jumaat)
Bermakna: Nikmati 3 hari rehat tanpa perlu ambil cuti

8. Hari Kebangsaan
Cuti umum: 9 Ogos (Ahad) maka 10 Ogos (Isnin) juga cuti umum
Ambil cuti pada: 3-7 Ogos
Bermakna: Panjangkan tempoh cuti anda dengan memanfaatkan cuti umum Hari Raya Aidiladha - nikmati 11 hari rehat dengan mengambil 5 hari cuti

9. Cuti umum: Hari Krismas
Cuti umum: 25 Dis (Jumaat)
Ambil cuti pada: 28-31 Dis
Bermakna: Nikmati 10 hari rehat dengan mengambil 4 hari cuti 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan