Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Berapa kerap pakaian seperti seluar jeans dan setokin harus dicuci?

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Menjaga kebersihan dan mencuci baju setiap hari adalah sesuatu yang sering dilakukan di Singapura, lebih-lebih lagi dengan cuaca yang semakin panas sejak kebelakangan ini. Namun, oleh kerana tidak semua orang menjalani gaya hidup yang sama - mungkin ada yang akan berpeluh dengan lebih kerap - keputusan untuk "memakai semula" pakaian itu mengikut pilihan masing-masing.

Tanpa jawapan yang betul, ramai yang mungkin tidak tahu berapa kerap pakaian patut dicuci. Mereka yang lebih mementingkan kebersihan mungkin akan berhujah bahawa membasuh baju dengan lebih kerap itu lebih baik, manakala ada yang mungkin akan mencuci (pakaian) hanya bila perlu.

Namun, jika mutu pakaian itu diambil kira, perkara seperti "mencuci dengan berlebihan" patut dielak. Pengurus Presto Drycleaners Chan Weitian menerangkan bagaimana mencuci pakaian adalah satu faktor yang boleh menyebabkan pakaian rosak.

KESAN MENCUCI KEPADA PAKAIAN

Pertama, Encik Chan berkata bahawa setiap pakaian mempunyai jangka hayat yang berbeza. Ini bergantung kepada pelbagai faktor seperti jenis pakaian, komposisi fabrik serta cara pembuatannya.

"Ia bukan semata-mata kerana mencuci dengan berlebihan yang boleh merosakkan pakaian, tetapi juga pertimbangan terhadap pemeliharaannya - cara pakaian itu dijaga," katanya. Antara lain, berapa kerap ia dipakai juga harus dipertimbangkan.

(Gambar: iStock)



Pakaian seperti setokin dan pakaian dalam adalah yang pertama untuk rosak. Ini diikuti oleh pakaian lain yang sering digunakan, seperti kemeja, seluar, baju, skirt atau seragam . Pakaian musim sejuk (yang sering diperbuat daripada fabrik yang lebih bertahan) dan pakaian formal (yang jarang dipakai) pula akan mempunyai jangka hayat yang lebih lama.

“Mencuci pakaian melibatkan geseran yang diperlukan untuk menghilangkan kotoran dengan berkesan, tetapi juga perlu diingatkan bahawa proses ini boleh membuat gentian fabrik semakin lemah. Maka, mencuci baju terbukti akan menyumbang, sedikit sebanyak, kepada kerosakan atau kelemahan pakaian dalam jangka masa panjang,” tambahnya.

PAKAIAN APA YANG PERLU DICUCI SELEPAS SETIAP PAKAIAN

Encik Chan berkata bahawa pakaian yang menyentuh kulit patut dicuci setiap kali ia dipakai, disebabkan peluh dan minyak yang dikeluarkan oleh tubuh badan kita, yang juga boleh menyebabkan pengumpulan bakteria dan bau badan.

(Gambar: iStock)



Ini termasuk pakaian seperti kemeja, baju-T, seluar atau skirt - melainkan ia hanya dipakai buat seketika ataupun persekitaran yang tidak menyebabkan anda berpeluh. Setokin, pakaian senaman dan pakaian dalaman pula harus dicuci setiap kali ia dipakai.

Kekerapan anda mencuci baju haruslah berdasarkan keperluan anda sendiri, kata Encik Chan. Pelbagai perkara perlu diambil kira, termasuk keselesaan, kebersihan serta keperluan masing-masing.

PAKAIAN YANG TIDAK PERLU DICUCI KERAP

Pencucian seluar jeans merupakan satu persoalan yang sering kontroversil. "Bagi para penggemar denim, mencuci dengan berlebihan boleh menyebabkan warnanya pudar, sesuatu yang tidak diingini bagi mereka yang ingin mengekalkan rupa jeans yang asli. Akibatnya, ramai yang memilih untuk tidak mencuci seluar jeans langsung, mereka membuat pilihan untuk hanya membersihkan kotoran yang diperlukan atau menjemurnya sahaja. Walau bagaimanapun, ia penting untuk memahami perkara ini bergantung kepada individu, setiap orang ada pilihan masing-masing serta sebab ke atas rutin pencucian mereka," kata Encik Chan.

(Gambar: iStock)

Namun, bagi mereka yang memilih untuk mencuci seluar jeans, mereka juga harus memastikan bahawa tidak mencucinya selepas setiap pakaian. Perbuatan ini boleh menyebabkan seluar itu menukar bentuk dan warna dengan lebih awal. Seluar jeans sering disarankan untuk dicuci selepas ia dipakai sekitar tiga hingga lima kali, mengikut tahap kekotorannya.

Pakaian sejuk seperti jaket dan kot pula memerlukan pencucian yang lebih jarang lagi. "Oleh kerana ia dipakai atas pakaian lain dan tidak menyentuh tubuh badan, mereka mengumpul lebih kurang peluh dan bau. Walau bagaimanapun, ia juga penting untuk mempertimbangkan faktor luaran seperti iklim dan dan keadaan sendiri. Di Singapura, sebagai contoh, haba dan kelembapan mungkin memerlukan pembasuhan pakaian luar yang lebih kerap berbanding kawasan dengan cuaca yang lebih ringan,” kata Chan.

BAGAIMANA MENJAGA PAKAIAN ANDA DALAM KEADAAN SEGAR

Anda juga boleh "menyegarkan" pakaian anda supaya ia boleh dipakai sekali atau dua kali lagi sebelum ia perlu dicuci dengan menggunakan wap bagi sanitasi dan meluruskan kain serta penyegar pakaian untuk menghilangkan bau dan membantu membunuh kuman.

(Gambar: iStock)


Satu lagi cara untuk menangguhkan masa antara mencuci adalah dengan melapisi pakaian anda. Memakai pakaian dalam yang ringan di bawah pakaian anda boleh mengurangkan jumlah sentuhan pakaian dengan kulit anda, membuatnya lebih segar lebih lama.

BAGAIMANA UNTUK MENGURANGKAN KESAN MENCUCI PADA PAKAIAN

Chan menunjukkan beberapa kaedah untuk melindungi pakaian semasa proses pembersihan. “Menggunakan sabun cuci baju yang lebih lembut dan memilih untuk mencuci dengan tangan dan bukan menggunakan mesin boleh membantu mengurangkan kemungkinan kerosakan. Selain itu, memilih mesin basuh pintu hadapan berbanding mesin basuh pintu di atas mengurangkan beban mekanikal. Menggunakan air pada suhu bilik atau air sejuk dan bukannya air panas juga disyorkan,” kongsinya.

(Gambar: iStock)

Beg dobi sebenarnya melindungi pakaian anda semasa ia berpusing di dalam mesin basuh. "Memasukkan pakaian dalam anda ke dalam beg pakaian akan memastikan fabrik tidak tersangkut kepada gigi zip seluar jeans atau aksesori keras pada pakaian, seperti butang," tambah Chan.

Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan