Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Benarkah telefon bijak boleh dengar perbualan anda?

Pernahkah anda berbual bersama seorang rakan tentang sesuatu produk dan kemudian menerima iklan barang tersebut dalam telefon bijak anda?

Anggaran Waktu Membaca:
Benarkah telefon bijak boleh dengar perbualan anda?

Notis memberi keizinan laman atau aplikasi memantau kegiatan online. (Gambar: Apple menerusi The New York Times)

Diterbitkan : 22 Jun 2021 12:46PM Dikemas Kini : 22 Jun 2021 12:51PM

MELBOURNE: Pernahkah anda berbual bersama seorang rakan tentang sesuatu produk dan kemudian menerima iklan barang tersebut dalam telefon bijak anda?

Jika pernah, anda mungkin tertanya-tanya sama ada telefon anda "mendengar" perbualan anda.

Pastinya, ia bukan satu kebetulan ilkan tersebut dihantar kepada anda. Namun, ia tidak bermakna peranti anda itu mendengar perbualan anda.

Malah, sekiranya ia mampu pun, ia sebenarnya tidak perlu berbuat demikian kerana sudah memiliki semua maklumat tentang anda.

BOLEHKAH TELEFON MENDENGAR ANDA?

Kebanyakan daripada kita sering mendedahkan maklumat tentang diri kita di pelbagai lelaman dan aplikasi. Kita melakukan demikian apabila memberi izin atau membenarkan "cookies" memantau kegiatan online kita.

"First-party cookies" membolehkan sesebuah laman "ingat" butiran kita. Misalnya, cookies langgan masuk menyimpan butiran anda supaya anda tidak perlu mengisi butiran-butiran tersebut apabila anda melanggan masuk lagi.

Namun, "third-party cookies" dibangunkan oleh domain pihak ketiga yang biasanya adalah syarikat pemasaran yang bekerjasama dengan laman atau aplikasi yang anda kunjungi.

Laman atau aplikasi itu membenarkan cookie tersebut mengakses data yang dikumpul daripada anda. Ingat bahawa pada awalnya, anda sudahpun memberi keizinan untuk ia melakukan sedemikian - mungkin selepas klik sebuah "popup".

Maka itu, syarikat-syarikat pemasaran boleh membuat gambaran tentang kehidupan anda - rutin seharian, keinginan dan keperluan anda.

Dengan maklumat-maklumat yang dikumpul, ia memperbaiki saranan algoritma menggunakan sistem-sistem saranan untuk mencapai sasaran pelanggan dengan iklan-iklan yang sesuai dengan cita rasa mereka.

CARA ELAK JADI SASARAN

Ada beberapa tip mudah yang boleh and cuba untuk mengehadkan maklumat yang dikongsi online.

Pertama, anda harus selalu semak semula keizinan yang anda berikan kepada aplikasi-aplikasi dan lelaman-lelaman dalam telefon bijak anda.

Selain itu, fikir dulu sebelum memberi keizinan kepada aplikasi atau laman sedemikian. Jika boleh, elak menggunakan akaun media sosial untuk melanggan masuk sesebuah laman atau perkhidmatan. Selalunya, ada pilihan untuk anda membuat pendaftaran menggunakan emel saja.

Apabila anda membuat pendaftaran pula, ingat! Anda hanya perlu mengongsi maklumat yang perlu saja.

Jika anda mahu lebih berjaga-jaga, anda mungkin boleh memasang rangkaian persendirian maya (VPN) dalam peranti anda untuk meyembunyikan alamat IP dan kegiatan online anda.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan