Benarkah tahi lalat tanda awal barah kulit? Ini kata pakar...
Tahi lalat merupakan tanda pada kulit yang biasanya berwarna coklat, hitam atau kemerahan.
Anggaran Waktu Membaca:
MALAYSIA: Tahi lalat merupakan tanda pada kulit yang biasanya berwarna coklat, hitam atau kemerahan.
Ia boleh muncul di mana-mana bahagian tubuh manusia, sama ada sejak lahir ataupun terbentuk kemudian.
Walaupun kebanyakan tahi lalat tidak berbahaya, terdapat tanggapan masyarakat, tahi lalat boleh menjadi tanda kepada penyakit berbahaya seperti barah kulit, lapor BH Online.
Namun, sejauh manakah kebenaran dakwaan tersebut?
Dari sudut perubatan, tahi lalat terbentuk apabila sel pigmen (melanosit) pada kulit tumbuh secara berkumpul di satu kawasan.
Secara umumnya, tahi lalat bersifat 'jinak' dan tidak menjejaskan kesihatan seseorang.
Akan tetapi, dalam keadaan tertentu, sel-sel itu boleh berubah menjadi sel barah kulit, terutamanya barah jenis melanoma, lapor BH Online.
Melanoma merupakan salah satu jenis barah kulit yang berbahaya. Ini kerana ia boleh merebak ke organ-organ lain dalam badan jika tidak dirawat lebih awal, lapor BH Online.
Pakar perubatan menggunakan satu kaedah mudah dikenali sebagai kaedah "ABCDE" untuk menilai sama ada sesuatu tahi lalat berpotensi menjadi barah.
Huruf A merujuk kepada Asimetri (bentuk tidak seimbang), B kepada Border/tepi (tepi tahi lalat tidak rata, bergerigi dan kabur) manakala C adalah Colour/warna (warna tidak sekata atau bercampuran).
Sementara, D kepada Diameter (saiz lebih besar daripada enam milimeter), dan E merujuk Evolving/berubah (perubahan dari segi saiz, bentuk atau warna dari semasa ke semasa).
Sekiranya tahi lalat seseorang menunjukkan salah satu daripada ciri-ciri tersebut, individu berkenaan disarankan untuk segera berjumpa doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut.
Selain itu, faktor genetik dan pendedahan kepada cahaya matahari secara berlebihan juga boleh meningkatkan risiko berlakunya barah kulit, lapor BH Online.
Sinaran ultra ungu (UV) daripada matahari boleh merosakkan DNA dalam sel kulit, menyebabkan pertumbuhan sel tidak normal dan akhirnya membawa kepada barah.
Oleh itu, orang ramai perlu mengambil langkah pencegahan seperti menggunakan losyen pelindung matahari, memakai pakaian yang menutupi kulit, serta mengelakkan diri daripada terdedah terlalu lama di bawah cahaya matahari terik.
Walaupun ada tahi lalat yang boleh menjadi tanda awal barah, tidak semua tahi lalat berbahaya. Ramai orang mempunyai banyak tahi lalat tetapi tidak menghidap sebarang penyakit kulit, lapor BH Online.
Namun, sikap berhati-hati tetap penting, terutamanya jika tahi lalat mengalami perubahan ketara seperti berdarah, gatal, berkeruping, atau membesar dengan cepat.
Pemeriksaan awal oleh pakar kulit juga boleh membantu dalam mengesan tanda-tanda awal barah dan meningkatkan peluang untuk sembuh sepenuhnya.
Justeru, dakwaan tahi lalat sebagai tanda barah ada kebenarannya, tetapi tidak semua tahi lalat menunjukkan tanda penyakit tersebut.
Pengetahuan tentang perubahan pada tahi lalat serta pemeriksaan kesihatan secara berkala amat penting bagi mencegah risiko barah kulit, lapor BH Online.
Oleh itu, masyarakat perlu lebih peka terhadap perubahan pada kulit mereka dan segera mendapatkan nasihat perubatan jika terdapat sebarang tanda yang mencurigakan.

Sumber : Agensi berita/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.