Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Benarkah minum air kosong berlebihan membahayakan diri?

Anggaran Waktu Membaca:
Benarkah minum air kosong berlebihan membahayakan diri?

(Gambar: Unsplash)

Diterbitkan : 18 Jan 2022 08:22PM Dikemas Kini : 19 Jan 2022 10:42AM

KUALA LUMPUR: Kita meminum air untuk kekal hidrasi.

Jika tidak, kita akan berasa lemah badan, cepat penat, mengantuk dan mungkin mengalami sakit kepala.

Oleh itu, ramai pakar yang ditinjau dalam rencana Keluarga yang diterbitkan oleh Astro AWANI mencadangkan agar kita meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong setiap hari untuk kekal hidrasi.

Kuantiti air yang perlu diambil setiap orang sebenarnya bergantung kepada pelbagai faktor seperti berat badan, jantina, persekitaran dan lain-lain, lapor Astro AWANI.

Namun meminum terlalu banyak air boleh memberikan kesan buruk kepada tubuh kita.

Meminum terlalu banyak air kosong bukanlah cara yang betul untuk menurunkan berat badan.

Meminum air kosong membantu kita mencernakan makanan yang kita makan dan memastikan organ berfungsi dengan baik.

Walaupun kita sering disarankan supaya meminum air kosong setiap hari, ini tidak bermakna kita boleh meminum air secara berlebihan.

Pengambilan air berlebihan melebihi 3 liter sehari mungkin memberi beban kepada ginjal.

Pernah berlaku satu kes di mana seorang gadis yang meminum 5 liter air sehari untuk menjadi kurus mengalami sawan.

Ini kerana ia boleh menyebabkan sel badan termasuk otak membengkak dan mengalami sawan.

Pengambilan air yang berlebihan juga menyebabkan kita akan kencing kerap dan mengeluarkan garam sodium yang banyak sehingga menyebabkan kekurangan mineral ini dalam tubuh, seperti dinukil Astro AWANI.

Keadaan ini dipanggil Hyponatraemia. Ini menyebabkan kekejangan pada otot.

Oleh itu, kita perlu meminum air pada kadar sepatutnya.

Jika kencing kita menjadi jernih, berkemungkinan kita telah meminum air yang terlalu banyak. Air kencing yang normal berwarna sedikit kekuningan.

Jadi bersederhanalah. Meminum air terlalu banyak pun bahaya, tidak cukup meminum air pun bahaya.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan