Benarkah anak suka tolong kerja rumah akan jadi rajin, lebih berjaya apabila dewasa kelak?
(Gambar: Catt Liu/Unsplash)
KUALA LUMPUR: Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Jika mahu anak-anak membesar menjadi individu yang rajin dan boleh diharap untuk membantu kerja-kerja rumah, latihlah mereka sejak kecil untuk melakukannya.
Tidak perlu sempurna, tapi jika selalu dibuat, maka lama-kelamaan akan mahir juga.
Ada sesetengah ibu bapa yang tidak mahu anak membantu kerana merasakan anak-anak akan ‘menambah kerja’ dari mengurangkannya.
Sudah tentu anak-anak akan melakukan kesilapan ketika membantu ibu bapa mereka tetapi jangan kita menghalang mereka.
Sebaliknya, ibu bapa perlu terus menggalak anak mereka dan percaya pada kemampuan anak-anak mereka.
Dalam rencana Pa&Ma yang diterbitkan oleh Astro AWANI, Dr Taufiq Razif menjelaskan lebih lanjut tentang hal ini.
Berdasarkan kajian daripada Universiti Harvard, anak yang membantu kerja di rumah akan menjadi orang dewasa yang berjaya.
Daripada situ, seorang anak akan belajar tentang etika kerja untuk menempuhi alam dewasa mereka nanti.
Berikut adalah cadangan Dr Taufiq Razif untuk mengajar anak membuat kerja yang ringan di rumah;
Umur 2-3 tahun:
+ Lap air yang tumpah
+ Sapu habuk
+ Letak baju dalam bakul sebelum mandi
+ Simpan alat mainan selepas digunakan
Umur 4-5 tahun:
+ Kemas tempat tidur
+ Sidai tuala di tempatnya
+ Cuci cawan dan pinggan plastik sendiri
+ Siram pokok bunga
+ Semua kerja yang anak berusia 2-3 tahun buat
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.