Bekas tapak Underwater World Sentosa bakal dijadikan kawasan beli-belah
Sebuah kawasan beli-belah terbuka seluas empat padang bola sepak akan dibangunkan di bekas tempat Underwater World di Sentosa yang ditutup pada 2016.
SINGAPURA: Sebuah kawasan beli-belah terbuka seluas empat padang bola sepak akan dibangunkan di bekas tempat Underwater World di Sentosa yang ditutup pada 2016.
Ia merupakan salah satu daripada daya tarikan waktu malam yang didedahkan Perbadanan Pembangunan Sentosa hari ini (29 Mac) bagi menarik lebih ramai pengunjung ke pulau peranginan itu.
Ia akan menampilkan konsep-konsep baru seperti trak makanan, kedai runcit, ruang konsert dan acara serta tempat penginapan.
Daya tarikan waktu malam yang lain juga akan diperkenalkan, termasuk festival muzik dan pertunjukan cahaya.
Bilangan pengunjung ke Sentosa dilaporkan turun sedikit antara 2015 dengan 2018. Buat masa ini hanya 30 peratus daya tarikan di pulau itu terus dibuka sehingga lewat malam.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.