Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Bekas ketua cef Three Buns, Sulaiman Kausar buka kedai burger sendiri di Jalan Besar

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas ketua cef Three Buns, Sulaiman Kausar buka kedai burger sendiri di Jalan Besar

(Gambar: Alvin Teo/8days)

Diterbitkan : 25 Apr 2022 12:05PM Dikemas Kini : 25 Apr 2022 12:06PM

SINGAPURA: Bau daging salai dan asap applewood daripada sebuah gerai di sudut Pusat Penjaja Berseh di Jalan Besar amat membuka selera para pengunjung. 

Salai M'an milik Sulaiman Kausar itu adalah gerai yang menawarkan beberapa jenis burger dan juga daging salai yang dijual pada harga yang berpatutan. 

Pemilik yang mesra dan ceria ini membuka gerai tersebut sebulan yang lalu. 

BEKAS KETUA CEF RESTORAN BURGER THREE BUNS

Sulaiman sudah tidak asing dengan daging gril. Malah, beliau boleh dianggap sebagai seorang veteran dalam industri makanan dan minuman (F&B) dan beliau pernah bertugas sebagai  ketua cef di cawangan Three Buns (jenama anak syarikat Potato Head di Bali) di Quayside yang terkenal dengan burgernya yang berdaya inovasi bagi pasaran mewah.

Beliau mula bekerja sebagai penolong ketua cef dan kemudian dinaikkan pangkat ke ketua cef. Semua ini berlaku dalam tempoh tiga tahun. 

Sebelum itu, beliau juga pernah bekerja sebagai penolong ketua cef di Lime House, sebuah restoran Carribbean di Keong Saik Road. 

Beliau sudah merancang untuk membuka gerainya sendiri sejak bekerja di Three Buns dan bertekad mahu menggunakan kemahiran yang ditimba semasa bertugas sebagai seorang cef di restoran untuk menawarkan makanan yang enak di pusat penjaja tersebut. 

"Saya mahu menawarkan burger-burger yang bermutu dan menggunakan bahan-bahan terbaik selain boleh dinikmati oleh umat Islam," kata Sulaiman. 

"Saya amat menggemari burger. Ia adalah makanan kegemaran ramai. Ibu saya pun suka makan burger," kata Sulaiman lagi. 

SUKAR MENJADI SEORANG PENJAJA TETAPI BERMAKNA 

Beliau turut menyingkap pengalamannya bekerja di dapur-dapur profesional, terutama sekali di Lime House yang dilengkapi dengan  ketuhar besar yang digunakan oleh cef-cef di sana untuk menyalai daging. Sunggupun demikian, ia tidak boleh dibandingkan dengan apa yang dimilikinya sekarang. 

"Tetapi saya ingin membuka restoran saya sendiri," kata Sulaiman. 

"Pasti, ada pasang surutnya. Saya harus bekerja keras dan berusaha lebih gigih berbanding semasa bekerja di bawah orang lain. Perkara yang terbaik ialah saya boleh melakukan dan mencipta apa sahaja yang dinginkan tanpa perlu melalui pelbagai saluran. Tetapi saya harus bekerja keras," akurnya. 

"Apabila salah seorang kawan cef saya melihat menu dan harga yang ditawarkan, dia bertanya kepada saya sama ada saya gila," katanya berseloroh sambil menambah bahawa dengan memanfaatkan rangkaian pembekalnya yang dikenalinya semasa bekerja di restoran, membolehkannya untuk mendapatkan bahan-bahan yang agak premium pada harga yang berpatutan. 

Sulaiman yang menyiapkan semuanya sendiri, berkata beliau sejak dahulu lagi memang menggemari rasa daging salai, dan beliau turut belajar bagaimana untuk menggunakan gril sejak bekerja di Lime House di mana mereka mempunyai kemudahan yang lebih canggih. 

Disebabkan oleh kekangan ruang di gerainya, Sulaiman  memastikan makanan yang dihidangkannya sentiasa bermutu tinggi: kebanyakannya  dibuat mengikut pesanan dan beliau memanfaatkan kenalan-kenalan lamanya untuk mendapatkan bekalan daging yang bermutu tinggi.

Antara menu yang ditawarkan adalah Brisket Salai yang berharga $11.90 bagi 150 gram, Lamb Chop Salai $12.90 untuk 150 gram dan Salai Jerk Chix $8.90 bagi 220 gram. 

Untuk burger pula, beliau menawarkan Burger Rendang Kampong yang berharga $7 dan Burger Special BLT pada harga $6.90. 

Jika anda ingin mencuba Chilli Dog yang dijual oleh Sulaiman, iaitu sandwic sosej daging, ia dijual pada harga $7.90. 

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa