Bekas guru dari China kini jual roti daging lembu tradisional halal di SG
Anggaran Waktu Membaca:
Ameen Roti by Harun Min (kiri) menjadi popular di Singapura bagi roti daging dan ayamnya. (Gambar: 8Days, TikTok/ameenroti)
SINGAPURA: Apabila Harun Min, 36 tahun, dari Linxia di barat laut China bercuti di Singapura buat kali pertama pada tahun 2024, membuka kedai roti daging lembu langsung bukan dalam rancangannya.
Namun kini, bekas guru sekolah menengah yang beragama Islam dari China itu melancarkan dua cawangan Ameen Roti pada bulan Jun - sebuah kedai 15 tempat duduk di Haji Lane dan sebuah gerai makanan bungkus di Century Square - yang menyajikan roti daging lembu dan ayam ala China yang disediakan oleh tukang masak dari kampung halaman beliau.
Popular dalam kalangan masyarakat Muslim Hui di China, roti daging lembu ialah pastri rangup yang diperbuat daripada doh nipis, diisi dengan daging lembu berempah dan digoreng sehingga garing.
Di Ameen Roti, para pelanggan boleh menyaksikan cef menggoreng setiap roti mengikut pesanan menggunakan resipi tradisional Muslim Xi'an dengan rempah yang diimport dari China serta daging segar tempatan.
Walaupun kelihatan seperti roti prata atau lempeng daun bawang Taiwan, Encik Min berkata rasanya yang gurih mempunyai ciri khas Muslim China.
Di China, snek ini dikenali sebagai niu rou bing (lempeng daging) atau guo kui (roti leper topi kuali kerana bentuknya).
Di Singapura dan Malaysia, ia biasanya dipasarkan sebagai "roti daging lembu China".

Min memberitahu portal 8days.sg bahawa roti daging lembu ini berasal dari zaman Dinasti Tang di China dan pernah dinikmati oleh golongan diraja sebelum menjadi makanan jalanan yang popular.
Sebelum menceburi bidang makanan, Encik Min berkhidmat selama enam tahun sebagai guru bahasa China dan matematik di sekolah menengah di kampung halamannya.
Walaupun beliau menyukai kerjaya perguruan, minat dalam bidang keusahawanan sentiasa ada dalam fikiran beliau.
"Saya sentiasa suka berniaga," katanya. "Walaupun selepas tamat pengajian peringkat ijazah sarjana dalam bidang Sosiologi dari Universiti Minzu Barat Laut di China, saya mencuba pelbagai perniagaan secara sambilan.

Saya mahu mencuba sesuatu yang baharu selagi masih muda.
"Beliau pernah menceburi pelbagai perniagaan sebelum ini, daripada bengkel latihan pendidikan hingga menjual kasut sukan, tetapi tidak pernah membayangkan akan menjadi pemilik restoran.
"Tidak pernah sama sekali," katanya sambil tertawa. "Semuanya berlaku secara tidak sengaja.
"Sebelum membuka cawangan kekal, Min menguji pasaran di gerai-gerai pasar malam di sekitar Singapura awal tahun ini, termasuk di Woodlands, Tampines, dan bazar Ramadan di Jalan Sultan.
Barisan beratur yang panjang meyakinkan beliau bahawa terdapat ruang untuk konsep ini di sini.
"Pelancong dari China memberitahu kami bahawa roti ini mengimbau kenangan kampung halaman mereka. Rasanya sama persis seperti di sana," katanya kepada 8days.sg.
"Maklum balas daripada rakan-rakan Melayu pula menyatakan ia adalah roti daging lembu terbaik di Singapura."
"Meskipun selepas membuka cawangan kekal, pelanggan masih perlu beratur sekitar 30 hingga 60 minit pada waktu puncak," tambah Min.

Walaupun bukan orang pertama yang menjual roti daging lembu di bazar tempatan, Encik Min percaya Ameen Roti mempunyai keunikan tersendiri kerana beliau dan tukang masaknya berasal dari Linxia, di mana hidangan tersebut merupakan sebahagian daripada budaya makanan mereka, sekali gus menjadikan rasanya lebih asli.
Ameen Roti hanya menawarkan dua menu utama: Roti Daging Lembu (Beef Roti) berharga S$6 dan Roti Ayam (*Chicken Roti*) berharga S$5.50."Kerangupan lapisan luar memerlukan kemahiran tinggi," katanya.
"Kami merenggangkan doh sehingga nipis dan menggorengnya dengan api yang tinggi secara rata dalam kelompok kecil untuk mendapatkan lapisan yang rangup."
"Kami mempunyai ramuan rempah dan resipi sendiri untuk inti bagi memastikan daging lembu dan ayam kekal lembut," tambah Min.

Walaupun restoran itu kini dimiliki oleh orang Islam, Encik Min berkata mereka merancang untuk memohon sijil halal rasmi.
Sesetengah netizen di video TikTok 8days.sg sebelum ini mendakwa harga S$6 (AS$4.70) adalah terlalu mahal untuk sekeping roti daging lembu. Namun, Encik Min tidak bersetuju.
"Roti kami menggunakan daging lembu premium dan doh buatan tangan yang memerlukan kerja manual dan masa yang lama," jelasnya.
"Kos tenaga kerja dan bahan-bahan bermutu menjadikan harga ini berpatutan."
Encik Min sendiri tidak memasak. Beliau melabur sekitar S$300,000 dalam perniagaan ini setakat ini bersama dua rakan kongsi, dengan salah seorang daripada mereka merupakan seorang cef.
Terdapat tiga orang tukang masak Muslim China dari kampung halamannya di Linxia di sini, masing-masing mempunyai pengalaman lebih 20 tahun membuat roti daging lembu.
"Tukang masak kami sudah mahir membuat roti daging lembu. Mereka semua berasal dari kampung halaman saya, di mana makanan jenis ini adalah sebahagian daripada budaya kami," jelasnya.
Mahukan permulaan baharu, Encik Min mula meneroka peluang di luar China.
"Saya mahu mengubah hidup saya selagi masih muda," katanya.
"Saya mahu anak-anak saya mempunyai lebih banyak peluang untuk memilih tempat mereka mahu bekerja.
"Lawatan ke Malaysia kemudiannya mencetuskan idea untuk perniagaan baharu beliau.
"Saya [pada mulanya] merancang untuk membuka restoran masakan China di Kuala Lumpur," katanya.
"Tetapi saya perhatikan roti daging lembu sangat popular dalam kalangan orang Melayu di sana."
Walaupun pada mulanya mempertimbangkan untuk memulakan perniagaan di Malaysia, Singapura akhirnya menjadi pilihan utama sebagai lokasi terbaik selepas beliau meluangkan masa seminggu di sini.
"Singapura mempunyai dasar yang stabil, peraturan perniagaan yang telus, dan pasaran makanan berbilang budaya yang mengalu-alukan snek antarabangsa. Tiada kerenah birokrasi yang tersembunyi," kongsinya.
Beliau menambah: "Saya sukakan makanan dan masakan tradisional Muslim China, jadi saya memilih untuk bekerja dalam bidang Makanan dan Minuman (F&B) berdepan dengan cabarannya."
Meskipun beliau kini menetap di Singapura, anak perempuan dan anak lelakinya sedang belajar di sebuah sekolah antarabangsa di Johor Bahru.
Isteri Min, yang juga berasal dari kampung halamannya di China, menjaga anak-anak mereka secara sepenuh masa di JB dan sekali-sekala membantu menguruskan perniagaan secara online.
"Isteri saya kadang-kadang membantu menguruskan akaun syarikat dan berhubung dengan pembekal," kongsinya.
Beliau tinggal di Singapura tetapi melawat keluarga beliau setiap minggu dan merancang untuk memindahkan mereka ke sini setelah perniagaannya stabil.
"Apabila anak-anak saya datang ke Singapura, mereka memberi sokongan di tempat kerja," katanya sambil tertawa.
"Kadang-kadang, mereka membantu melayan pelanggan."
Adakah beliau berharap anak-anaknya akan mengambil alih perniagaan itu suatu hari nanti?
"Saya berharap mereka mempunyai [kerjaya] sendiri - terpulang kepada mereka jika mahu mengambil alih," kata Encik Min.

Sumber : 8 Days/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.