Bekalan durian mungkin berkurangan, mutu dijangka rendah akibat musim hujan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Keadaan cuaca pada minggu-minggu akan datang boleh menjejaskan saiz dan mutu bekalan durian tahun ini, di tengah-tengah musim menuai antara Jun dan September.
Para penjual dan pembekal durian berkata mereka sedang mengharungi musim yang semakin tidak dapat diramalkan.
Hasil tuaian dari beberapa negeri di Malaysia dijangka tiba di Singapura lewat bulan ini, tetapi bekalannya berkemungkinan lebih rendah berbanding hasil tuaian tahun lalu.
Hujan lebat boleh menjejaskan rasa dan kematangan "Raja Buah", menurut para penjual. Menurut mereka, walaupun pelanggan sering mengaitkan kuantiti hasil tuaian dengan harga, kualiti boleh memberi impak yang lebih besar.
"Jika durian (kualiti) teruk, harganya akan menjadi sangat murah. Tidak kira sama ada musim itu (menghasilkan) banyak durian," kata Encik Jeremy Chew, pengasas Royal Durian, sebuah kedai khusus Musang King – atau Mao Shan Wang.
“Hakikatnya, kita perlu mengambil kira cuaca juga… Jika katakan setiap hari (terdapat) hujan lebat, kualiti durian akan menjadi sangat hambar atau tidak masak,” kata Encik Austin Quak, yang mengasaskan bersama kedai Rolling Durian di Toa Payoh.
Encik Quak kini mendapatkan durian dari Perak dan Pulau Pinang di Malaysia, dengan mengatakan kualiti buah-buahan di sana lebih stabil berbanding di Johor dan Pahang.
JUALAN ONLINE
Memandangkan penjual berhadapan dengan keadaan tuaian yang tidak menentu, ramai juga yang mengubah cara mereka menjangkau pelanggan.
Penstriman langsung telah menjadi saluran jualan yang semakin penting, membolehkan pelanggan mengambil bahagian dalam masa nyata sebelum memutuskan sama ada untuk membuat tempahan.
"Kami melakukan secara online (memberi kami) peluang untuk melayani ramai pelanggan sekali gus, berbanding kedai tradisional, di mana anda perlu berbual seorang demi seorang,” kata Encik Quak.
“Jika kami melakukan penstriman langsung, terdapat peluang untuk kami memenuhi keperluan lebih ramai pelanggan berbanding dengan pelanggan yang datang tanpa henti.”
Encik Austin Quak, pengasas bersama Rolling Durian, mengiklankan duriannya untuk dijual di platform penstriman langsung.
Menurut Encik Quak, jualan online untuk perniagaannya telah meningkat sekitar 50 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Walau bagaimanapun, apabila lebih ramai penjual memanfaatkan khidmat penstriman langsung, persaingan semakin sengit, dengan perniagaan semakin menawarkan diskaun dan pakej promosi untuk menarik pelanggan.
INVENTORI BEKU
Selain menyesuaikan strategi penjualan, sesetengah firma beralih kepada teknologi untuk mengurangkan kebergantungan mereka kepada hasil tuaian bermusim dan keadaan cuaca.
Spike Durian, sebuah syarikat baharu di Singapura, menggunakan kaedah elektromagnet semasa proses pembekuan untuk mengawet durian selepas musim menuai berakhir.
Syarikat itu memproses dan membekukan durian dalam tempoh lima jam selepas dituai di Pahang, membolehkannya menyimpan buah-buahan selama sekurang-kurangnya enam bulan.
Durian beku oleh Spike Durian disimpan dalam bungkusan. Teknologi ini membolehkan buah-buahan disimpan selama sekurang-kurangnya enam bulan.
Teknologi dari Eropah akhirnya boleh digunakan pada produk lain, termasuk makanan laut dan makanan siap dimakan.
"Kami baru sahaja bermula pada bulan Disember, dan kini kami telah menjual hampir kira-kira 5,000 kotak jadi ia sangat menggalakkan," kata pengasas Spike Durian, Christopher Quek kepada CNA.
"Sepanjang dua bulan terakhir, kami telah menerima pelbagai pertanyaan dari seluruh dunia, khususnya Asia Utara, China, Taiwan dan Jepun. (Ini adalah) permintaan daripada pembekal yang membekalkan kepada pasar raya premium."
Syarikat itu juga menjawab pertanyaan daripada tempat-tempat yang lebih jauh seperti Amerika Syarikat dan Britain, yang disifatkan oleh Encik Quek sebagai perkembangan yang "menarik".
"Cabaran terbesar yang kami hadapi sekarang ialah cuba mengekalkan kualiti durian daripada pembekal durian," tambahnya.
Seorang lagi penjual, 99 Old Trees Durian, juga bergantung kepada inventori beku untuk merapatkan jurang antara musim menuai.
Walaupun durian segar menyumbang kira-kira 80 peratus daripada penjualannya semasa musim menuai, syarikat itu menyimpan sehingga 9 tan hasil tuaian bermusim setiap tahun.
Buah-buahan ini dibekukan menggunakan nitrogen cecair dan kemudiannya digunakan untuk membuat pencuci mulut yang dijual di kafenya, termasuk makanan kegemaran tempatan seperti chendol serta barangan lain seperti mousse durian dan krim puff.
"Kami menghidangkannya dalam pelbagai bentuk pencuci mulut. Contohnya, kami menghidangkannya dalam kek, atau kami menjadikannya aiskrim durian, dan lain-lain ... supaya pelanggan boleh mencuba durian pada bila-bila masa sepanjang tahun.”
Syarikat itu juga menghasilkan pes duriannya sendiri, membekalkannya kepada kira-kira lima kedai roti dan aiskrim di Singapura.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.