Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

BazaRia Marsiling: Bazar Ramadan terbesar di utara S'pura dibuka hingga 2 Mei

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Setelah dua tahun ditiadakan, bazar Ramadan terbesar di bahagian utara kembali diadakan tahun ini.

Terletak di kawasan tanah lapang di antara Woodlands Avenue 2 dan Avenue 7, berhampiran stesen MRT Woodlands, 'BazaRia Marsiling' dijangka dapat memeriahkan lagi sambutan Ramadan dan Syawal tahun ini.

pic2

Dengan sekitar 30 gerai, bazar itu menawarkan pelbagai jenis makanan serta keperluan Hari Raya termasuk kuih-muih dan pakaian.

Beroperasi dari 10 pagi hingga 10 malam, bazar itu dibuka hingga 2 Mei 2022.

pic3

Sepanjang Ramadan juga, orang ramai bakal disajikan dengan acara-acara hiburan setiap hujung minggu.

Bagi melindungi keselamatan orang ramai, pihak penganjur memastikan pemakaian pelitup muka dikenakan sepanjang masa meskipun tempat terbuka dan mempunyai jarak selamat antara gerai.

Meskipun masa persiapan amat suntuk sekali, Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Tenaga Manusia, Zaqy Mohamad gembira bazar itu kembali diadakan setelah dua tahun.

launch

Berucap semasa majlis pelancarannya pada Sabtu (16 Apr) beliau juga berharap ia dapat membangkitkan lagi semangat perayaan dalam kalangan penduduk kawasan tersebut.

"Walaupun kami diberi hanya dua minggu tapi masyarakat dan sukarelawan kami semua dapat bersama untuk menjalankan acara ini. Walaupun tidak sebesar (bazar) yang dulu, tapi saya rasa ini permulaan.

"Walaupun kita dalam keadaan pandemik, kita melihat ramai juga berjaga-jaga, menjaga diri dengan mereka mengikuti langkah-langkah keselamatan (SMM) dan kami berharap dengan bazar ini kami dapat meningkatkan lagi 'mood' dan juga semangat bagi masyarakat dan penduduk di Marsiling," kata Encik Zaqy, yang juga penasihat pertubuhan akar umbi (GRO) GRC Marsiling-Yew Tee.

PENDUDUK BERSYUKUR BAZAR RAMADAN KEMBALI DI WOODLANDS

Penganjuran bazar itu juga dialu-alukan para penduduk bagi mendapatkan juadah berbuka puasa dan keperluan Hari Raya mereka.

pic4

"Ia rasa seronok dapat mengunjungi kedai-kedai kegemaran saya. Kita dapat semula semangat Ramadan," kata Ezra, salah seorang pengunjung cilik.

Semangat itu ternyata jelas dirasakan oleh dua pengunjung ini juga.

"Sebenarnya saya rasa sangat teruja untuk berada di sini sebab sudah lama saya tak keluar dan pergi bazar pun. Tahun lepas pun saya tak rasa ada bazar juga kan jadi ia adalah sesuatu yang saya nantikan tahun ini," kata Cik Nur Syafiqah.

"Sangat gembira pasal sudah lama tidak rasa makanan murah dan sedap begini. Lagipun sudah nak raya jadi sekurang-kurangnya dapat rasa (pengalaman di bazar)." kata Encik Muhammad Nur Ali Khan.

Pihak penganjur juga masih merancang untuk menambah jumlah gerai dalam masa terdekat.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan