Bazar 24 jam Malaysia buka peluang baharu bagi masyarakat setempat, hidupkan suasana perayaan
Bazar-bazar Ramadan memang cukup banyak dan cukup pelbagai di Malaysia, setiap kali menjelang bulan Ramadan.
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Bazar-bazar Ramadan memang cukup banyak dan cukup pelbagai di Malaysia, setiap kali menjelang bulan Ramadan.
Bagaimanapun, kini, ekoran perubahan dari segi gaya hidup dan permintaan, sesetengah bazar memilih untuk dibuka sepanjang hari.
BAZAR 24 JAM
Waktu sudahpun hampir tengah malam, namun suasana bazar di Kuala Lumpur ini menjadi semakin rancak dan seronok.
Selama tiga malam berturut-turut, bazar 24 jam itu menarik dan memukau pelanggan dengan menawarkan pelbagai jenis makanan mahupun busana, sempena Hari Raya.
Bukan setakat pasar malam biasa, bazar itu turut menampilkan lebih daripada 700 gerai, menjadikannya umpama pentas bagi pameran budaya, tradisi dan keusahawanan.
Biarpun waktu lewat malam, ramai pengunjung yang sanggup berjaga untuk mendapatkan tawaran yang berbaloi.
LEBIH SELESA DAN SANTAI
Bagi sesetengah pengunjung, membeli belah pada waktu malam sebenarnya adalah lebih selesa, dan menjadi masa bersantai bersama teman dan keluarga.
Antara lain, bazar yang dibuka pada waktu malam turut memberi peluang kepada mereka yang sibuk bekerja di siang hari untuk membeli-belah sambil menikmati suasan meriah.
Hal sedemikian membuktikan bahawa memang ada permintaan bagi kegiatan membeli belah 24 jam.
Maka tidak hairanlah, mengapa para peniaga merebut peluang keemasan yang tidak harus dilepaskan itu.
Encik Azzim Zahid, pengasas syarikat Bulan Bintang, berkata: "Acara macam ini, dengan pemasaran yang pihak penganjur dah buat, ada selebriti, jenama-jenama besar lain, ada jenama secara langsung, menarik trafik yang sangat tinggi."
Menurut peniaga tersebut, bazar 24 jam itu menerima sambutan hangat daripada orang ramai, memberikan cabaran bagi para peniaga yang perlu bekerja dalam dua syif.
PEMACU EKONOMI NEGARA
Di sudut lain, bazar-bazar musiman sedemikian juga dapat dilihat sebagai pemacu ekonomi negara.
Menurut perangkaan nasional, pada 2023, bazar Ramadan dan Hari Raya di seluruh negara menghasilkan penjualan lebih RM2.5 bilion, atau sekitar S$750 juta dolar Singapura.
Ia juga mencipta lebih daripada 200,000 pekerjaan.
Bagi Bazar Absolut misalnya, ia menjana penjualan lebih S$13 juta dolar, selain menyediakan wadah bagi perniagaan kecil dan usahawan tempatan untuk berkembang.
"Hakikatnya, kami buka sehingga jam 6.00 pagi, sangat sesak, memberi peluang seperti setengah hari lagi, satu lagi peluang besar bagi pembelanjaan untuk para peniaga di sini," kata Cik Sharifah Nadiyah, yang merupakan penganjur Bazar Absolut.
"Jadi, apabila kami melihat bahawa kami telah mencipta satu platform yang membolehkan perkara ini berlaku, kami juga berasa bangga kerana telah memberi peluang untuk menghimpunkan para usahawan dan mencipta lebih banyak peluang untuk masyarakat," tambah beliau.
Pendek kata, bazar Ramadan sekarang tidak lagi seperti dahulu.
Bazar Ramadan kini bahkan menjadi lambang bagi seribu satu peluang baharu.

Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.