Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Bayar S$5 sahaja untuk ikuti kursus buat kek ondeh-ondeh atau kursus baiki peralatan ini...

Dengan membayar sekadar $5 sahaja, anda boleh mengikuti kursus seperti kemahiran membuat kek ondeh-ondeh, kursus kesihatan atau kursus seni berhias bagi kaum lelaki.

Anggaran Waktu Membaca:
02:26 Min
Bayar S$5 sahaja untuk ikuti kursus buat kek ondeh-ondeh atau kursus baiki peralatan ini...

SINGAPURA: Dengan membayar sekadar $5 sahaja, anda boleh mengikuti kursus seperti kemahiran membuat kek ondeh-ondeh, kursus kesihatan atau kursus seni berhias bagi kaum lelaki.

Itulah antara tarikan "Kempen SHIOK 555" yang menawarkan lima kursus pada harga $5 sahaja.

Mulai bulan Januari hingga Mac 2018, "Kempen SHIOK 555" akan dijalankan di GRC Sembawang.

Daya usaha tersebut merupakan sebahagian daripada 400 kursus 'SHIOK Series' anjuran Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat atau MESRA, yang dilancarkan hari ini. 

Semua itu, menurut Persatuan Rakyat, bertujuan "mengukuhkan lagi usaha MESRA untuk mendekati dan mengukuhkan ikatannya dengan masyarakat Melayu".

SASARAN UTAMA: MASYARAKAT MELAYU

Inisiatif 'SHIOK Series' menawarkan ratusan kursus dan program gaya hidup yang menarik bagi para penduduk di kelab masyarakat merata Singapura.

Kursus paling murah yang ditawarkan berharga $5 manakala kursus termahal berharga $260.

Secara terperinci, kursus-kursus murah yang berharga $5 buat masa ini adalah 'Law and Me' (oleh Rudy Marican & Najip Ali), 'Ondeh-Ondeh Cake' (Persekutuan Kulinari Halal Singapura), Repair Hacks (Sustainable Living Lab), The Art of Men's Grooming (Golden Rule Barber) dan KpopX Fitness (oleh Dan-Z Fitness).

Manakala bagi kursus lebih mahal seperti kursus dandanan pengantin dan inai, ia berharga $252 dan $260 masing-masing.

Sasaran utama inisiatif ini adalah masyarakat Melayu.

Lantaran itu, pelbagai kursus dan program yang dianjurkan bertujuan menyokong minat dan aspirasi para anggota masyarakat Melayu.

Kempen SHIOK 555. (Gambar-gambar: BERITAMediacorp/Nur Arina)

(Gambar: BERITAMediacorp/Nur Arina Ahmad Anis)

Buat masa ini, kursus membuat kek ondeh-ondeh kendalikan Persekutuan Kulinari Halal Singapura pada harga $5 bagaimanapun dijalankan secara terhad, iaitu untuk tiga bulan ini sahaja.

Selain itu, pelbagai kursus kemahiran memasak lain juga dianjurkan dan para peserta diberikan panduan berguna, jika mereka ingin membuka perniagaan sendiri kelak.

Bagi yang berminat dengan kursus kesihatan, kursus kesihatan seperti Piloxing dan Silat turut ditawarkan. Bagi kursus seni dandanan pula, jurumekap terkenal Fatimah Mohsin, merupakan antara yang menawarkan kursus.

Kempen SHIOK 555. (Gambar-gambar: BERITAMediacorp/Nur Arina)

(Gambar: BERITAMediacorp/Nur Arina Ahmad Anis)

SHIOK Series akan berlangsung sepanjang tahun ini di 34 Kelab Masyarakat serata negara.

Dalam tempoh setahun, kempen tersebut menyasar untuk melibatkan lebih 6,000 penduduk tidak kira bangsa atau agama untuk berinteraksi dan lebih mengenali antara satu sama lain.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan