Baru dapat kunci rumah pertama? ini 16 cara hias indah mahligai anda
Gambar hiasan. (Gambar: Pexel)
Perasaan bercampur aduk - teruja, gembira dan mungkin sedikit gementar. Menghias rumah pertama bukan sahaja setakat membeli perabot atau mewarnakan dinding. Ia adalah satu perjalanan manis bagi ramai, terutama bagi pasangan yang baru pertama kali memiliki rumah sendiri.
Apa pun, penting untuk bijak menyesuaikan kehendak dengan bajet, memilih antara keperluan dan kemahuan, serta merancang ruang agar praktikal tetapi tetap bergaya. Anda tidak perlu rasa tertekan atau stres jika tidak mampu menghias segalanya sekaligus — rumah tidak perlu sempurna dalam sehari.
Dengan perancangan yang teliti serta penekanan kepada fungsi dan keselesaan, rumah baharu anda mampu tampil menarik dan selesa untuk didiami. Tidak kira konsep, gaya, perabot yang ingin ditampilkan, yang penting setiap sudut dan ruang dapat mencerminkan citarasa dan sesuai untuk gaya hidup anda.
Berikut antara tip-tip dekor yang boleh dijadikan sebagai panduan semasa menghias rumah pertama anda.
1.Ukuran dan saiz
2.Berbilang fungsi
3.Pencahayaan
4.Perabot
6.Elak terlalu ikut trend
8.Hiasan dinding & siling
Selain itu, usah abaikan bahagian siling. Jika ingikan sesuatu yang lebih menarik dan unik, anda boleh cat dengan warna berlawanan. Selain itu pasangkan lampu hiasan atau kertas dinding bercorak untuk menaikkan lagi seri di sesebuah sudut.
9.Tekstur
Padankan pelbagai jenis tekstur seperti fabrik lembut, permukaan kayu, kaca atau logam. Ia pasti dapat mencipta visual yang lebih menarik selain bantu membuatkan ruang nampak lebih bermaya.
10.Hias pintu masuk
11.Langsir
Kehadirannya boleh mengubah mood ruang dengan ketara. Pilihlah fabrik dan warna yang sesuai dengan tema ruang. Jika mahu ruang nampak lebih tinggi, gantung langsir lebih hampir ke siling.
12.Suis
Suis lampu mungkin nampak remeh, tetapi dengan sedikit perubahan, ia boleh menjadi elemen hiasan yang menarik. Pilih rekaan bertekstur atau berwarna yang berbeza dari biasa.
13.Perhiasan
Jangan letakkan semua hiasan pada aras yang sama. Anda boleh bermain dengan ketinggian. Gunakan rak bertingkat, pasu tinggi atau lampu gantung untuk mencipta variasi visual dan mengelakkan rasa bosan.
14.Suai padan perabot
Dalam membeli hiasan dan perabot, anda tidak semestinya perlu beli satu set perabot lengkap. Sebaliknya, anda boleh gabungkan kerusi denga gaya berbeza atau meja dengan rekaan moden dan klasik. Dengan cara ini, ia dapat mewujudkan kontras yang unik dan penuh karakter.
15.Manfaatkan cermin
Cermin bukan sekadar untuk melihat wajah. Ia memantulkan cahaya dan memberi ilusi ruang yang lebih besar serta cerah. Letakkan cermin bertentangan tingkap untuk kesan maksimum.
16.Sudut
Jangan abaikan sudut kecil atau kawasan sempit. Hias dengan kerusi kecil, lampu lantai atau karya seni mini untuk mencipta ruang yang menarik.
Dengan cuba menerapkan idea-idea bijak, rumah anda bukan sahaja akan kelihatan lebih bergaya, malah terasa lebih selesa dan menenangkan.
Rumah adalah cerminan personaliti. Hiaslah dengan jiwa, dan ruang anda akan menjadi tempat paling membahagiakan di dunia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.