Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Barah paru-paru penyakit yang membawa kadar kematian yang tinggi

Umpama pembunuh senyap, barah paru-paru tidak menunjukkan gejala yang jelas pada peringkat awal, oleh itu seseorang mesti sentiasa berwaspada terhadap beberapa ‘bendera merah’ yang dikaitkan dengan penyakit ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Barah paru-paru penyakit yang membawa kadar kematian yang tinggi

(Gambar hiasan: Mediacorp)

Diterbitkan : 30 Nov 2019 07:56PM Dikemas Kini : 30 Nov 2019 07:58PM

MELAKA: Umpama pembunuh senyap, barah paru-paru tidak menunjukkan gejala yang jelas pada peringkat awal, oleh itu seseorang mesti sentiasa berwaspada terhadap beberapa ‘bendera merah’ yang dikaitkan dengan penyakit ini.

Perunding Perubatan Dalaman (Pernafasan Perubatan) Hospital Pantai Ayer Keroh, Dr Muventhiran Ruthranesan berkata bendera merah yang dikaitkan dengan barah paru-paru termasuk sesak nafas, batuk darah, kehilangan berat badan atau tanpa hilang selera makan, sakit tulang yang luar biasa, sakit dada dan keletihan.

"Walaupun terdapat penemuan baru dalam rawatan barah paru-paru, saya harus menekankan bahawa matlamatnya harus untuk pencegahan dan pengesanan awal bagi memperbaiki hasilnya.

"Barah paru-paru adalah penyakit yang membawa kadar kematian yang tinggi," katanya dalam satu kenyataan Pantai Hospital Ayer Keroh di sini mengenai Kesedaran mengenai Pentingnya Pemeriksaan awal barah paru-paru.

Presiden Rangkaian Kanser Paru-Paru Malaysia (LCNM), Dr. Anand Sachithanandan berkata pengesanan awal akan membantu individu berisiko tinggi untuk memahami status kesihatan mereka dan salah satu pemeriksaan yang tersedia untuk mengesan kanser paru-paru adalah ‘Low Dose Computed Tomography’ (LDCT).

Pemeriksaan paru-paru menggunakan LDCT boleh digunakan untuk individu yang mempunyai risiko tinggi untuk mengalami kanser paru-paru tetapi tidak menunjukkan apa-apa gejala," katanya.

Hospital Pantai Ayer Keroh sedang bekerjasama dengan LCNM untuk menyediakan 15 rawatan LDCT percuma untuk individu berisiko tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pantai Ayer Keroh, Tan Yew Aik berkata 90 peratus kes barah paru-paru dikesan terlambat, oleh itu kesedaran mengenai tanda dan gejala barah paru-paru adalah penting untuk memastikan pengesanan dan rawatan awal.

Beliau berkata walaupun November adalah Bulan Kesedaran Kanser Paru- Paru, manun ia bukanlah satu-satunya masa untuk kita berkongsi maklumat bagi meningkatkan kesedaran kepada masyarakat terutamanya di Melaka.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan