Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Banyak manfaat yogurt untuk kesihatan, kecantikan kulit yang tidak diketahui ramai

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Tairu atau 'yogurt' bukan sahaja makanan sihat yang enak dinikmati dan baik untuk proses penghadaman, bahkan ia juga diperkaya dengan pelbagai khasiat untuk kecantikan.

Tahukah anda, bakteria yang hadir dalam 'yogurt' bertindak untuk membantu menghadamkan laktosa atau gula semula jadi dalam susu. Bakteria ini dikatakan bertindak dengan merangsang sebahagian daripada sistem pelalian di dalam saluran usus.

Ia terbukti dapat membantu menghasilkan persekitaran yang lebih sihat pada usus dan menjadikannya tidak sesuai untuk organisma tidak baik untuk hidup selain memastikan sistem penghadaman dalam tubuh dapat berjalan dengan baik dan lancar.

Menurut satu kajian, pengambilan 'yogurt' dalam menu seharian terbukti dapat menjaga kesihatan usus dengan baik. Selain itu, ia dikatakan dapat meningkatkan kekebalan tubuh, menurunkan tekanan darah tinggi dan sekaligus menjaga kesihatan kulit dan tulang.

Bagi wanita pula, 'yogurt' dikatakan dapat membantu untuk kembalikan bentuk tubuh asal kerana ia merupakan makanan yang mengandungi serat tinggi. Pada masa yang sama, ia juga mengandungi khasiat-khasiat lain yang diperlukan contohnya oleh ibu hamil untuk membekalkan susu pada bayi.

Antaranya, kandungan lebih banyak kalsium, vitamin A, niasin dan riboflavin daripada susu di samping kaya dengan zat besi, fosforus dan kalium. Disebabkan khasiatnya yang pelbagai, pengambilan 'yogurt' sangat digalakkan sejak usia kanak-kanak lagi.

Bagi golongan dewasa yang tidak gemar minum susu, anda boleh gantikan dengan mengamalkan minuman 'yogurt' sebagai alternatif kerana ia tergolong dalam minuman sihat yang diperkaya dengan pelbagai khasiat dan sekaligus dapat membantu mencegah penyakit.



CEGAH PENYAKIT

'Yogurt' ternyata berupaya untuk menghasilkan pelbagai zat yang diperlukan oleh hati sebagai pencegah penyakit kanser. Kandungan mikroflora dalam yogurt mengandungi manfaat untuk proses pencernaan tubuh.

Selain itu 'yogurt' juga memiliki gizi yang tinggi berbanding susu segar dan kandungan lemak lebih rendah, menepati mereka yang sedang berdiet. Ia juga mempunyai vitamin tambahan yang dapat membantu untuk tingkatkan nilai gizi serta membantu pertumbuhan.

Dikategorikan sebagai snek atau minuman kesihatan yang dapat melawan pertumbuhan bakteria ‘jahat’ di dalam tubuh, ia juga boleh membantu untuk mengurangkan kadar kolesterol kerana bakteria ‘baik’ dalam 'yogurt' dapat menyerap sejumlah zat kolesterol ke dalam selnya, di mana penyerapan ini terjadi pada usus kecil. Sekaligus, membantu mengurangkan kolesterol dalam darah serta menghindarkan gejala penyakit jantung.

Pada masa yang sama, ia juga berkesan untuk mengurangkan risiko penyakit seperti kanser dan tumbuhan atau tumor dengan membantu untuk tingkatkan kekebalan tubuh. Lantas, menjadikannya makanan diet yang baik untuk kesihatan tubuh dengan pelbagai manfaat untuk kecantikan luaran.

(Gambar: Pexels)


BAKTERIA BAIK DALAM YOGURT

Terdapat dua jenis bakteria ‘baik’ dalam 'yogurt' - Streptococcus thermophilus dan Lactobacillus bulgaricus. Kedua-dua bakteria 'yogurt' ini penting dalam kitaran mikroflora usus kerana ia mampu mencipta rasa masam yang menghalang pertumbuhan bakteria lain.

Kehadiran mikroflora dalam usus juga dikatakan dapat menjadikan keadaan usus kembali seimbang dan normal. Kebiasaannya apabila seseorang pesakit selesai menjalani rawatan antibiotik, doktor akan menyarankan supaya mereka mengambil minuman 'yogurt'. Tujuannya untuk memulihkan keseimbangan mikroflora usus.

Menurut satu kajian dari Mayo Medical School Minesotta, apabila membeli 'yogurt' pastikan produk tersebut mengandungi kultur aktif yang masih hidup kerana setelah kultur hidup masuk ke dalam usus, kultur 'yogurt' akan mulai aktif dan mula bekerja untuk memecahkan laktosa dan menghasilkan asam laktat atau 'lactic acid'.

Jika menjadikan 'yogurt' sebagai sajian seharian, anda boleh memperolehi pelbagai khasiat, nutrisi dan vitamin. Antaranya, vitamin seperti B3, vitamin B12 yang dapat menghasilkan tenaga, menjaga sistem saraf untuk memastikan kesihatan otak. Disamping itu, vitamin A yang hadir dalam 'yogurt' juga bermanfaat untuk menjaga kesihatan mata dan kulit.

YOGURT UNTUK KECANTIKAN

(Gambar: Pexels)

Atasi jerawat

Bukan sahaja baik untuk usus, 'yogurt' juga dapat membantu untuk memulihkan kulit wajah yang berjerawat. Sifat masam yang dimiliki 'yogurt' dapat menghapuskan pelbagai bakteria penyebab jerawat dan kuman pada kulit. Lantas, 'yogurt' boleh digunakan sebagai ‘masker’ wajah untuk membersihkan kulit.

(Gambar: Pexels)

Tanggalkan sel kulit mati

Kulit kusam biasanya berlaku disebabkan oleh sel kulit yang mati. Sifat pelembap yang ada di dalam 'yogurt' dapat menjadi penggelupas atau skrub yang terbaik untuk menanggalkan sel kulit mati. Ia juga mengandungi vitamin C dan vitamin B3 yang bermanfaat untuk mencerahkan kulit. Bahan ringkas yang boleh digunakan untuk membuat skrub secara alami adalah dengan mencampurkan 'yogurt' dengan oat.

(Gambar: Pexels)


Tangani rambut gugur

Masalah rambut gugur merupakan petanda rambut kurang mendapat gizi dan kurang terhidrasi. Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh cuba menggunakan yogurt. Lumurkannya ke seluruh bahagian rambut seperti memakai ‘masker’ rambut. Biarkan selama satu hingga dua jam sebelum mencucinya. Amalkan sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu dan lihat keberkesanannya.

(Gambar: Unsplash)

Gigi putih

Kehadiran fosforus dan kalsium dalam yogurt dikatakan dapat membantu enamel gigi menjadi lebih putih dengan membentuk lapisan perlindungan untuk menghalang kekuningan. Caranya mudah, sapukan yogurt secara kerap pada gigi untuk melihat keberkesanannya dari masa ke semasa.

(Gambar: Pexels)


Selamat tinggal kelemumur

Menarik, sifat antikulat yang ada pada 'yogurt' dapat membantu untuk menghilangkan kelemumur. Cuba sapukan 'yogurt' pada kulit kepala rambut dan biarkan anggaran 20 hingga 30 minit sebelum dicuci bersih. Ia dikatakan dapat melicinkan rambut, mengurangkan kelemumur selain tangani rasa gatal pada kulit kepala. Ulangi rutin ini dua kali seminggu.

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan