Skip to main content

Gaya Hidup

Bali rancang kenakan cukai kepada pelancong asing dalam usaha lindungi alam sekitar

Pihak berkuasa Bali merancang mengenakan cukai AS$10 (S$13.60) kepada para pelancong asing.

Anggaran Waktu Membaca:
Bali rancang kenakan cukai kepada pelancong asing dalam usaha lindungi alam sekitar

Kolam renang di sebuah resort di Jimbaran. (Gambar fail: Sonny Tumbelaka/AFP)

Diterbitkan : 19 Jan 2019 03:42PM Dikemas Kini : 19 Jan 2019 03:45PM

DENPASAR: Pihak berkuasa Bali merancang mengenakan cukai AS$10 (S$13.60) kepada para pelancong asing.

Gabenor Bali, Wayan Koster memberitahu The Jakarta Post bahawa hasil daripada cukai itu akan digunakan untuk menjalankan usaha-usaha melindungi alam sekitar dan budaya pulau peranginan tersebut.

"Ini membolehkan kami memperuntuk lebih banyak dana bagi menyokong pembangunan Bali," kata Encik Koster semasa ditemui The Jakarta Post di bangunan Majlis Undangan Bali.

Sebagai destinasi pelancong terkenal, kedatangan pelancong asing di Bali mencecah 5.7 juta orang pada 2017, kebanyakannya dari China dan Australia. Jumlahnya dijangka meningkat kepada lebih 6 juta pada 2018, selepas beberapa acara antarabangsa seperti Mesyuarat-Mesyuarat Tahunan Bank IMF-Dunia, diadakan di pulau itu, lapor The Jakarta Post.

Sampah plastik di Bali berjumlah hampir 4,000 tan sehari manakala hanya 60 peratus daripadanya berakhir di tempat pelupusan sampah.

Dalam usaha mengurangkan sampah plastik di Bali, pihak berkuasa pulau peranginan Indonesia itu melarang penggunaan barangan plastik pakai-buang, sejak tahun lalu. 

Sumber : Agensi berita/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita