Bakteria mampu jadi "superbug" dengan berubah 1,000 kali
Seorang ahli mikrobiologi berkata usaha untuk meningkatkan dan mencipta antibiotik baru semakin mendesak selepas satu penemuan menunjukkan bahawa bakteria boleh berubah 1,000 kali lebih cepat.

(Gambar hiasan: Daniel Leal-Olivas/AFP)
SINGAPURA: Seorang ahli mikrobiologi berkata usaha untuk meningkatkan dan mencipta antibiotik baru semakin mendesak selepas satu penemuan menunjukkan bahawa bakteria boleh berubah 1,000 kali lebih cepat.
Proses baru itu melibatkan pemindahan besar baka pada frekuensi yang tinggi.
Buat julung-julung kalinya sejak 60 tahun lalu, para pengkaji mendapati bakteria boleh memindahkan dan berkongsi virus berbahaya dengan lebih cepat.
Dua perkara itu memudahkan bakteria menjadi "superbug" yang lebih merbahaya dan lebih kebal kepada antibiotik. Ia bermula dengan virus yang menjangkiti bakteria.
Sebelum ini, proses evolusi bagi bakteria menyerap virus dan membiak, dipercayai mengambil masa berbilion tahun.
Tetapi para pengkaji di Universiti Nasional Singapura dan Universiti Glasgow mengesan proses baru yang sekurang-kurangnya seribu kali lebih cepat.
Kajian itu menggunakan sejenis bakteria yang biasa ada di dalam tubuh manusia. Penemuan tersebut diterbitkan dalam Jurnal Sains Amerika.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.