Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Bakat-bakat bukan Melayu ini cuba dendangkan lagu Raya popular

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang hanya sekitar seminggu sahaja lagi.

Yang jelas, lagu-lagu Raya sudah banyak diputarkan di corong radio dan ramai pendengar pasti seronok ikut menyanyi bersama.

Di tengah-tengah suasana menjelang Lebaran ini, ada juga segelintir individu bukan Melayu yang mencuba menyanyikan lagu-lagu Raya yang popular.

Personaliti media sosial, Ridhwan Azman, yang lebih dikenali sebagai @ridhwannabe_, menguji keupayaan rakan-rakannya yang bukan Melayu untuk mendendangkan lagu-lagu popular Hari Raya menerusi video TikTok.

Hasilnya, cukup mengagumkan!

Lagu-lagu yang harus dipelajari rakan-rakannya dalam masa yang singkat juga bukan calang-calang.

Ia termasuk Airmata Syawal, Suasana Hari Raya dan Satu Hari Di Hari Raya.
Rakan-rakan yang diuji itu antara lain terdiri daripada Julianne Costa serta bakat-bakat tempatan pelakon dan penyanyi Sherly Devonne Ng, naib juara Masterchef Singapore musim ke-2 Leon Lim dan penyampai radio YES933 Gao Mei Gui.
Yang pasti, ia percubaan yang sangat baik oleh bakat-bakat bukan Melayu ini dan jelas mendakapi semangat berbilang kaum di Singapura.
Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan