Bahaya tengking anak, kesannya terhadap perangai budak

(Gambar: Maryna Kazmirova/Unsplash)
KUALA LUMPUR: Bila anda menengking anak, bahagian otak anak anda akan mengaktifkan tiga hormon tekanan - iaitu hormon kortisol, adrenalin dan noradrenalin.
Ikuti perkongsian pakar keibubapaan Taufik Razif di portal Keluarga yang mengongsi kesan-kesan cetusan tiga hormon ini pada perkembangan anak anda.
Hormon kortisol ini boleh menyebabkan otak anak untuk kehilangan sel saraf di bahagian depan korteks anak. Sepatutnya bahagian korteks itu perlu berkembang dengan sempurna agar anak jadi mudah dengar cakap.
Justeru, semakin banyak anda menengking anak, semakin agresif dan susah dengar cakap anak anda itu.
KESAN AKIBAT SERING KENA TENGKING
Berikut adalah kesan-kesan hormon tekanan pada badan anak sekiranya ia terlalu aktif:
- lebih berisiko kena penyakit jantung
- lebih mudah mengalami kemurungan dan keresahan
- jejas sistem pencernaan
- jejas tidur
- berat badan lebih senang naik
- lebih cepat lupa
- mudah sakit kepala
Aduh. Tengking itu mungkin berkesan, tetapi kesannya melarat, sehingga ke tukang tengking anak itu juga.
Oleh itu, apabila rasa terlalu marah, amalkan 'Time Out' diri sendiri dahulu.
Cari masa untuk henti seketika. Beri anda masa untuk memikir secara rasional.
Jika anda tegur anak ketika anda terlalu marah sangat, yang mengawal diri anda semasa itu bukanlah fikiran rasional, tetapi emosi anda.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.