Skip to main content

Gaya Hidup

Bahaya simpan ubat demam terlalu lama, dalam peti sejuk

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Di dalam era wabak COVID-19 yang masih lagi menghantui kehidupan harian kita di antara jenis sakit yang pastinya cukup membuatkan kita takut ialah demam.

Apa yang lebih merisaukan lagi dalam kalangan anak-anak kecil berusia 5 tahun ke bawah yang masih belum layak untuk menerima vaksin, lapor Astro AWANI menukil rencana daripada Maskulin.

Sebagai ibu bapa pastinya demam merupakan satu perkara cukup merisaukan.

Bila bercakap tentang demam kita secara tidak langsung akan turut membicarakan tentang ubat demam paracetamol dalam bentuk cecair, lapor Astro AWANI.

Setiap kali demam pasti doktor akan memberikan preskripsi ubat demam paracetamol dalam bentuk cecair.

Tapi tahukah anda ubat demam dalam bentuk cecair sebenarnya tidak boleh disimpan dalam jangka masa yang terlalu lama?

Ia juga tidak boleh disimpan lama di dalam peti sejuk!

Maskulin tertarik dengan perkongsian dari Dr Ahmad Luqman Bukhari menerusi untaiannya di Twitter tentang hal penyimpanan ubat demam paracetamol di dalam peti ais, lapor Astro AWANI.

Jelas beliau, pada satu ketika dahulu, dia sentiasa berasa pelik kerana ramai ibu bapa membawa anak berjumpa dengan beliau dan mengatakan demam panas anak mereka tidak surut walhal sudah diberikan ubat demam di rumah.

Apabila beliau mula menyelidik, rupanya anak tersebut diberikan ubat demam yang sudah lama tersimpan di dalam peti sejuk.

Tambah Dr Ahmad Luqman, lagi besar kemungkinan ubat tersebut sudah pun rosak dan langsung tidak berkesan.

SEBAB TAK BOLEH SIMPAN LAMA

Untuk pengetahuan anda, ubat demam paracetamol yang dibotolkan dari kilang sudah terisi dengan ‘clean air’. Malah ada juga terisi dengan nitrogen.

Manakala ubat demam cecair itu pula sudah dicampur dengan bahan pengawet untuk elak pembiakan bakteria di dalam ubat tersebut.

Apabila botol ubat dibuka, ‘clean air’ tersebut akan terkeluar dan kemudian udara biasa pun akan memasuki ruang botol.

Itulah sebabnya tak bagus untuk menyimpan ubat demam yang sudah dibuka dalam tempoh yang lama kerana kemungkinan udara luar mengandungi bakteria dan kulat.

Lebih mengeruhkan keadaan, apabila ubat demam tersebut kemudiannya disimpan di dalam peti sejuk.

Sedangkan pada suhu rendah boleh membuatkan proses kondensasi berlaku di dalam botol.

Lihat sahaja bahagian dalam botol yang disimpan lama di dalam peti sejuk pastu ada wap air yang terkumpul di dalam.

Wap air tersebut tiada bahan pengawet lalu boleh menyebabkan bakteria dan kuman membiak.

Selama ini kita semua membuat andaian bahawa menyimpan ubat di dalam peti sejuk itu baik untuk buat ia tahan lama sedangkan hakikat adalah sebaliknya!

Nasihat Dr Ahmad Luqman lagi, ubat demam seharusnya disimpan di dalam kondisi suhu bilik.

Paling bagus usah simpan ubat demam apabila anak sudah pulih dan sihat. Jika mahu simpan juga, biarlah tidak lebih dua bulan.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita