Bahan perasa buat manusia jadi bodoh? Ini penjelasannya
"Jangan guna bahan perasa dalam masakan, nanti jadi bodoh!". Itu antara ungkapan yang biasa kita dengar tentang Monosodium Glutamate (MSG).
Gambar hiasan.
JAKARTA: "Jangan guna bahan perasa dalam masakan, nanti jadi bodoh!". Itu antara ungkapan yang biasa kita dengar tentang Monosodium Glutamate (MSG).
Tapi betul ke penggunaan bahan penyedap makanan itu boleh mempengaruhi daya pemikiran manusia?
Pakar Pemakanan Indonesia, Profesor Dr. Nurpudji A. Taslim memberitahu, sejak sekian lama MSG menjadi 'kambing hitam' untuk semua hal negatif berkaitan bahan itu, lapor KOMPAS.com.
Ia bukan sahaja dikatakan boleh menyebabkan seseorang menjadi bodoh tetapi juga mampu meningkatkan risiko penyakit seperti barah, darah tinggi dan sebagainya.
Dr Nurpudji berkata tuduhan itu tidak mempunyai alasan kukuh sebaliknya sudah banyak kajian dilakukan yang menunjukkan MSG tidak membahayakan tubuh asalkan ia digunakan secara sederhana.
"Kalau benar ia menyebabkan seseorang itu menjadi bodoh, lihat sahaja rakyat Jepun, semuanya bijak-bijak belaka. Padahal mereka adalah 'champion' dalam menggunakan MSG dalam masakan.
"Jangan terkejut, di Jepun kadar penggunaan bahan perasa tiga kali ganda berbanding negara lain," katanya.
Tambah Dr Nurpudji, tidak salah menggunakan perasa dalam masakan kerana ia diperbuat daripada bahan semulajadi dan mengalami proses fermentasi bagi memberi rasa pada makanan.
"Tidak salah guna MSG dalam masakan tetapi dalam semua perkara, biarlah berpada-pada dan dalam jumlah sederhana," jelasnya
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.